Harian Metro

Misi korban bantu 40,000 etnik Rohingya

-

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Afdlin Shauki berlepas ke Hyderabad, India malam ini bagi menjayakan misi Qurban dan Aqiqah Untuk Rohingya sempena sambutan Aidiladha ini.

Afdlin, 47, berkata, misi itu kerjasama Yayasan Afdlin Shauki dan Yayasan Kubra bagi memberi sumbangan makanan kepada 40,000 pelarian Rohingya di dua kem di Hyderabad dan Jaipur di India.

“Misi mengumpulk­an dana ini dilancarka­n sejak dua bulan lalu bertujuan membantu pelarian Rohingya di India. Jadi, sempena sambutan Aidiladha ini, kami mengadakan ibadah korban dan aqiqah, sekali gus meringanka­n beban mereka di kem terbabit.

“Insya-Allah, 30 lembu dan kambing ditumbangk­an. Kami turut mengagihka­n daging dan bantuan makanan lain ke kem pelarian Rohingya di Jaipur.

“Difahamkan badan bukan kerajaan (NGO) menjayakan misi sama di sana. Jadi, kami saling membantu di antara satu sama lain,” katanya.

Menurut Afdlin, selain mengumpul dana bagi pembelian lembu dan kambing, misi itu memerlukan dana membeli makanan harian.

“Saya difahamkan di sana setiap hari kes kematian membabitka­n bayi, kanak-kanak, wanita dan warga emas akibat kekurangan makanan, nutrisi dan zat selain disebabkan wabak penyakit.

“Jadi, kami mengalu-alukan rakyat Malaysia sama-sama membantu mereka. Hasil sumbangan kami membeli seperti beras, dal, gula dan garam.

“Kami menyasarka­n setiap pelarian menikmati bantuan ini. Tak banyak, sikit pun cukup menggembir­akan mereka,” katanya.

Afdlin berkata, misi bantuan itu berterusan dan bukan dibuat bermusim.

“Kalau selepas kami pulang ke tanah air masih ada sumbangan masuk, kami terus salurkan kepada mereka,” katanya.

Sumbangan boleh disalurkan kepada Yayasan Afdlin Shauki (akaun Maybank 5648105167­13) atau Tabung Pendidikan & Kebajikan Yayasan Kubra (akaun Bank Islam - 1402301001­2816).

 ??  ?? AFDLIN
AFDLIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia