Harian Metro

Tiada laporan drebar dipukul

- Fazrik Kamarudin cnews@hmetro.com.my

„ Polis percepat proses ujian air kencing

Polis tidak menerima sebarang laporan berhubung insiden pemandu bas RapidKL dipukul orang awam selepas merempuh tujuh kenderaan dalam kejadian di Jalan Ampang, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, pihaknya akan melakukan pemeriksaa­n jika laporan mengenainy­a dibuat di daerah lain.

“Kita di Dang Wangi tidak menerima laporan berhubung orang awam didakwa memukul pemandu bas terbabit, perlu periksa dengan daerah lain jika ada.

“Setakat ini, kita masih menjalanka­n siasatan. Kita akan mempercepa­tkan proses ujian air kencing untuk dihantar ke makmal forensik, jika positif kita akan tuduh dia (pemandu bas) terbabit dengan dadah,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Selangor masih mengesan beberapa saksi untuk membantu siasatan kes pemandu bas terbabit merempuh tujuh kenderaan di lokasi berkenaan.

Ketua JSPT Selangor, Superinten­dan Azman Shari’at berkata, keterangan saksi diperlukan bagi melengkapk­an kertas siasatan kes.

“Kita masih mengesan beberapa orang lagi, keterangan mereka akan diambil bagi melengkapk­an siasatan.

“Selain itu, kita juga akan merakam keterangan pemandu bas berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 malam, tujuh kereta dilanggar bas RapidKL yang dalam perjalanan dari Datuk Keramat menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Kejadian itu tular di laman sosial berikutan paparan video berdurasi 1 minit 40 saat menunjukka­n bas berkenaan dipandu laju apabila dikejar penunggang motosikal.

Penunggang motosikal memaki hamun pemandu bas berkenaan yang dikatakan melanggar sebuah gerai burger yang mendorong pemandu bas terbabit melarikan diri apabila bas berkenaan tidak bergerak selepas merempuh kenderaan lain.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, kelmarin.
LAPORAN Harian Metro, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia