Harian Metro

RapidKL buat 640 saringan air kencing

-

Kuala Lumpur: Sebanyak 640 ujian saringan air kencing sudah dijalankan RapidKL terhadap pemandu bas yang berkhidmat dengan syarikat itu dari Januari lalu sehingga kini.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd Mohd Azam Omar berkata, melalui ujian saringan air kencing dilakukan itu, hanya seorang pemandu didapati positif dadah.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius penyalahgu­naan dadah dalam kalangan kakitangan dan sentiasa melakukan saringan rambang dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Ujian saringan dilakukan ini lebih tinggi berbanding pada 2017 iaitu 588 ujian dijalankan dan lima pemandu bas didapati positif. “Pemandu bas yang didapati mengambil bahan terlarang menerusi ujian air kencing akan digantung tugas serta-merta,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Mohd Azam berkata, pemandu bas yang terbukti bersalah akan terus dibuang kerja.

“Bagaimanap­un, pemandu bas boleh mengemukak­an surat doktor jika mereka ada mengambil sebarang ubat sebagai bukti membela diri.

“Pihak pengurusan tidak akan berkomprom­i dalam isu pengambila­n bahan terlarang. Sebagai pemandu bas, keselamata­n penumpang di bawah tanggungja­wab mereka,” katanya.

Katanya, Rapid KL juga kini dalam proses menafsir kerugian kerosakan tujuh kenderaan yang terbabit dalam kejadian di Jalan Ampang pada Khamis lalu.

“Kos kerugian daripada insiden di AU2 Taman Keramat, impak kos yang berbangkit daripada insiden berkenaan masih ditafsir.

“Pemilik kenderaan boleh menghubung­i kami di alamat e-mel suggest@rapidkl.com.my untuk maklumat lanjut berhubung proses tuntutan insurans,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia