Harian Metro

50 jemaah terpilih program warga emas

-

Makkah: Wukuf di Arafah ialah kemuncak ibadat haji dan ibadat haji tidak dikira jika seseorang itu tidak berwukuf.

Menyedari hakikat itu, Tabung Haji (TH) menyediaka­n program Jemaah Haji Warga Emas khusus untuk jemaah yang kurang berkeupaya­an bagi memastikan mereka mampu wukuf di Arafah.

Pengurus Kaunseling TH Rashidah Ahmad berkata, 50 jemaah ini dipilih di bawah program itu selepas melakukan tiga sesi saringan daripada 114 permohonan yang diterima.

“Ini satu program tanggungja­wab sosial korporat TH yang mula dilaksanak­an beberapa tahun lalu yang memberi fokus kepada jemaah haji yang ada masalah dari segi kesihatan, psikologi dan fikizal.

“Mereka ini perlu dibantu dalam menguruska­n diri dalam memastikan mereka dapat menjalanka­n ibadat masyair ini dengan keadaan yang paling sempurna,” katanya kepada media Malaysia di pusat operasi TH di Hotel Abraj Al-Janadriyah, di sini.

Menurutnya, antara kriteria pemilihan Jemaah Haji Warga Emas ialah orang kurang upaya (OKU), berusia 70 tahun ke atas atau mengalami kelemahan dalam daya ingatan serta ilmu untuk menjalani ibadat haji.

Sementara itu, seorang jemaah cacat penglihata­n, Azizun Mat Ali, 38, dari Perlis bersyukur dan berasa lega kerana terpilih untuk dibantu di bawah program Jemaah Haji Warga Emas.

“Rasa lega sangat, maklumlah saya tak boleh melihat. Apabila ada orang bantu pastilah saya berasa lebih yakin. Terima kasihlah kepada TH,” katanya yang menghuni Maktab 81.

Azizun berkata, dia datang ke Tanah Suci bersama ibunya Maryam Che Osman, 77, dan ibunya turut terpilih di bawah program Jemaah Haji Warga Emas kerana menghidapi penyakit tua.

Seorang lagi jemaah di bawah program itu, Lasai Lem, 78 dari Sarawak berkata, dia dipilih kerana berdepan masalah ingatan yang menyukarka­nnya untuk mengurus diri dan beribadat.

“Saya mudah lupa. Kalau jalan jauh sikit nak balik bilik pun saya dah tak tau. Sebab itulah orang TH pilih saya. Syukur Alhamdulil­lah, saya amat berterima kasih di atas bantuan mereka,” katanya.

 ??  ?? JEMAAH berkumpul di bangunan TH sebelum bertolak ke Arafah untuk menyempurn­akan ibadat wukuf hari ini.
JEMAAH berkumpul di bangunan TH sebelum bertolak ke Arafah untuk menyempurn­akan ibadat wukuf hari ini.
 ??  ??
 ??  ?? AZIZUN dibantu petugas TH dalam program Jemaah Haji Warga Emas bagi melancarka­n ibadat wukuf di Arafah.
AZIZUN dibantu petugas TH dalam program Jemaah Haji Warga Emas bagi melancarka­n ibadat wukuf di Arafah.
 ??  ?? JEMAAH mula bertolak ke Arafah pagi semalam.
JEMAAH mula bertolak ke Arafah pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia