Harian Metro

Nyawa di hujung pedang

- Ahmad Rabiul Zulkifli cnews@nstp.com.my

„ Pak Teh tak lupa pengalaman pahit jadi buruh paksa tentera Jepun pada 1941

“Saat hampir dipancung tentera Jepun ketika menjadi buruh paksa penjajah itu masih segar dalam ingatan sampai sekarang,” kata Hamzah Said, 94, di rumahnya di Kampung Laut.

Hamzah atau lebih mesra dipanggil Pak Teh berkata, dia melalui pengalaman pahit sepanjang menjadi buruh paksaan kepada tentera Jepun pada era penjajahan tentera itu pada 1941.

“Memandangk­an saya mempunyai kepakaran memanjat pokok kelapa, saya menjadi buruh paksa paling penting bagi tentera Jepun.

“Tugas saya memetik buah kelapa muda yang sangat digemari tentera Jepun ketika itu,” katanya menceritak­an detik dia hampir dipancung tentera Jepun.

Menurutnya, tentera Jepun berang apabila dia secara tidak sengaja menggunaka­n wang kertas yang dikeluarka­n mereka untuk menutupi luka pada kaki.

“Mereka sangat marah dan menganggap saya menghina wang mereka sedangkan ketika itu saya tiada pilihan kerana ketiadaan kain.

“Darah yang keluar dari kaki sangat banyak menyebabka­n saya terpaksa menggunaka­n wang kertas itu bagi meredakan pendarahan,” katanya.

Menurutnya, pedang samurai tentera Jepun sudah tersedia untuk memancung kepalanya, namun dia tidak berhenti-henti merayu dan akhirnya tentera Jepun itu membatalka­n niat mereka.

“Jarang tentera Jepun membatalka­n niat mereka seperti itu, namun saya bernasib baik dan mungkin kerana kemahiran saya masih diperlukan mereka,” katanya.

Pak Teh mempunyai 13 anak dan lebih 200 cucu, cicit dan ciut hasil perkahwina­n dengan arwah isterinya, Teh Said, yang meninggal dunia ketika berusia 70 tahun.

“Saya bertuah kerana masih diberi peluang melihat kemajuan negara sedangkan ramai rakan seusia lama meninggal dunia.

“Sebagai orang tua, saya berpesan kepada golongan muda supaya menghargai keamanan negara yang dikecapi sekarang dan jangan sesekali memberi ruang kepada penjajah kembali menduduki negara kita,” katanya.

Bercerita mengenai petuanya mengekalka­n kesihatan sehingga tidak menghidap penyakit, katanya, dia hanya menjalani kehidupan aktif.

“Pada usia muda, saya habiskan masa berkerja di kampung dan kerja yang dijalankan membabitka­n pergerakan yang aktif.

“Saya juga menjaga pemakanan iaitu tidak makan makanan yang menyumbang kepada penyakit,” katanya yang dilahirkan pada 7 Julai 1924.

Sepupunya, Ngah @ Salleh Mamat, 79, berkata, dia kagum dengan tahap kesihatan dan kecergasan Pak Teh.

“Biarpun Pak Teh 15 tahun lebih berusia daripada saya, namun kami kini kelihatan sebaya,” katanya.

 ??  ?? HAMZAH (tengah) bersama Ngah@Salleh (kiri) dan rakannya, Che Mat Jusoh yang berbual ketika bertemu di masjid Kampung Laut.
HAMZAH (tengah) bersama Ngah@Salleh (kiri) dan rakannya, Che Mat Jusoh yang berbual ketika bertemu di masjid Kampung Laut.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia