Harian Metro

Lans koperal IPK Perlis maut motosikal terbabas

-

Seremban: Sebanyak 626 tangkapan dilakukan sehingga semalam sepanjang Op Samseng Jalanan yang dijalankan di seluruh negara bermula 1 Ogos lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Sharul Othman Mansor berkata, daripada jumlah itu 194 individu atau 42 peratus adalah remaja iaitu 146 pelajar tingkatan tiga hingga lima.

Katanya, sepanjang tempoh itu 1,775 kereta dan 1,648 motosikal disita kerana mengubahsu­ai enjin kenderaan yang dipercayai untuk kegiatan lumba haram.

“Tangkapan paling ramai adalah 335 individu di Kuala Lumpur diikuti Pulau Pinang iaitu 115 orang. Sebanyak 37,282 saman dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

“Polis serius membantera­s kegiatan samseng jalanan dan mengesan penganjur atau penaja perlumbaan haram mengikut Seksyen 81 akta sama,” katanya dalam sidang media selepas mengetuai Op Samseng Jalanan, Jitra: Seorang lans loperal dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis yang baru pulang dari kerja maut selepas motosikal ditunggang­nya terbabas dan terlanggar tiang elektrik di bahu jalan berhadapan Masjid Al Aqla di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi, mangsa K Rajvaran, 27, dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Kangar, Perlis ke rumahnya di Taman Dato Osman Arof, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Jitra (HJ) akibat kecederaan dialaminya.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superinten­dan Mohd

Ismail

Ibrahim di sini, awal pagi semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superinten­dan Sulizmie Affendy Sulaiman.

Beliau berkata, punca pembabitan remaja dalam kegiatan samseng jalanan adalah tidak tahu penguatkua­saan undang-undang, mempunyai keluarga bermasalah seperti perceraian, pengaruh rakan, tidak bersekolah dan perasaan ingin mencuba.

“Malah, samseng jalanan turut dikaitkan dengan gejala dadah apabila seramai 53 individu yang ditahan sepanjang tempoh itu didapati positif,” katanya. Sharul berkata, gejala samseng jalanan bagaikan tidak bernoktah dan menuntut pembabitan serius berkata, hasil siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal seorang diri dipercayai gagal mengawal kenderaann­ya lalu terbabas dan terlanggar tiang elektrik di sebelah kanan.

Beliau berkata, disebabkan kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik HJ untuk bedah siasat sebelum dituntut keluargany­a.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, mendiang seorang rakan yang baik dan rajin bekerja.

Katanya, kali terakhir mereka bertemu minggu lalu dan mendiang tidak banyak bercakap. Dia hanya sibuk dengan tugasnya sebagai polis.

“Sepanjang mengenalin­ya, dia memang sangat baik dan tak sangka dia pergi dulu,” katanya. semua pihak untuk menanganin­ya kerana aktiviti itu bukan saja berbahaya kepada pelaku, malah kepada orang awam.

Beliau menjelaska­n, bagi jangka masa panjang pihaknya akan bertemu Kementeria­n Pendidikan, Kementeria­n Belia dan Sukan, institut pengajian tinggi dan pihak swasta untuk pembasmian.

“Kita (polis) akan menjadikan enam kilang di Bangi, Selangor sebagai kilang angkat dan menganjurk­an forum mengenai bahaya budaya rempit,” katanya berazam menurunkan kadar samseng jalanan sebanyak 80 peratus.

Dalam pada itu, polis memburu dua lagi penunggang motosikal yang dipercayai terbabit dalam lumba haram di Jalan Salor Baru, Kota Bharu, Kelantan, Jumaat lalu yang mengakibat­kan kematian.

 ??  ?? SEBAHAGIAN penunggang motosikal yang ditahan polis di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan.
SEBAHAGIAN penunggang motosikal yang ditahan polis di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan.
 ??  ?? RAJVARAN
RAJVARAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia