Harian Metro

PERJALANAN TERAKHIR...

- Suraya Roslan cnews@nstp.com.my

„ SPJ Malaysia sedia khidmat 24 jam urus jenazah asnaf, tak dituntut

Kuala Lumpur

Mereka saling tidak mengenali, namun atas rasa tanggungja­wab sesama umat Islam, dia sanggup mengeluark­an duit sendiri dan berkhidmat 24 jam sehari demi menguruska­n jenazah yang tidak dituntut serta daripada keluarga tidak berkemampu­an.

Lantaran menyedari menguruska­n jenazah adalah fardu kifayah, lelaki ini membuka badan pertubuhan amal, Skuad Pengurusan Jenazah (SPJ) Malaysia, Januari lalu, dengan mengumpul sukarelawa­n untuk membantu menguruska­n jenazah Islam.

Pengerusin­ya, Muhammad Rafieudin Zainal Rasid, 27, berkata, dia didedahkan dengan pengurusan jenazah sejak berusia 13 tahun dan pelbagai pengalaman, situasi serta keajaiban ditemui di depan mata.

“Saya didedahkan dengan menguruska­n jenazah oleh guru dan sudah berdepan dengan pelbagai mayat seperti lemas, terbakar, dibunuh, HIV, kemalangan dan transgende­r untuk diuruskan.

“Alhamdulil­lah, walaupun mempunyai Diploma Syariah dan Undang-Undang serta Ijazah Sarjana Syariah daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, saya lebih suka melakukan pekerjaan ini dengan membantu orang yang memerlukan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, antara objektif utama penubuhan SPJ Malaysia ialah menggalakk­an masyarakat terbabit dalam hal ehwal pengurusan jenazah.

“Sukarelawa­n yang berminat saya terus membawa mereka ke hospital supaya dapat melihat sendiri dan merasai pengalaman berdepan jenazah.

“Oleh itu, keyakinan mereka akan datang dan dapat memandikan serta menguruska­n jenazah ahli keluarga sendiri,” katanya yang mempunyai 20 sukarelawa­n aktif.

Muhammad Rafieudin berkata, selain itu, pihaknya turut membantu keluarga yang tidak berkemampu­an untuk menguruska­n jenazah waris.

“Melalui maklumat hospital dan orang ramai, kami menerima makluman ada waris tidak mampu menguruska­n jenazah sehingga urusan itu ditangguhk­an bagi mengumpul wang belanja.

“Kami akan tampil dan membantu mereka yang kebanyakan­nya asnaf dan mualaf dengan kos percuma dari awal urusan bermula mandi jenazah, kafan, solat, sampai ke tanah perkuburan menggunaka­n wang sumbangan orang ramai dan juga persendiri­an,” katanya.

Menurutnya, bagi ahli keluarga berkemampu­an, pihaknya meletakkan harga paras siling yang dipersetuj­ui dengan pihak hospital.

“Dianggarka­n kita menguruska­n antara 70 hingga 90 kes sebulan selepas dihubungi orang ramai melalui Facebook dan hospital.

“Saya sentiasa mengingatk­an diri sendiri supaya sentiasa berhati-hati menguruska­n jenazah dan menganggap seperti menguruska­n jenazah sendiri,” katanya yang memerlukan sumbangan orang ramai untuk membeli van jenazah berharga RM100,000 yang ketika ini disewa.

Sementara itu, sukarelawa­n yang juga penuntut Ijazah Sarjana Syariah Ekonomi,

Alif Akram Norkasani, 24, berkata, sebelum terbabit secara langsung dengan SPJ Malaysia, dia berkunjung dari satu masjid ke masjid lain untuk bertanya sama ada mereka memerlukan sukarelawa­n menguruska­n jenazah.

“Bagaimanap­un, semua masjid yang saya pergi sudah mempunyai pasukan sendiri sebelum saya berjumpa FB SPJ Malaysia dan menghubung­i Muhammad Rafieudin.

“Alhamdulil­lah, sudah dua tahun saya bersama SPJ Malaysia dan pelbagai kes dan keajaiban ditempuhi di depan mata.

“Antara pengajaran yang saya dapat ialah hampir 70 peratus anak lelaki tidak mampu menyempurn­akan jenazah ibu bapa sendiri. Semua urusan diserahkan kepada SPJ sedangkan di saat-saat akhir ibu bapa begitu memerlukan anak mereka,” katanya.

Penuntut Universiti Malaya itu berkata, dia sentiasa mengingatk­an diri sendiri supaya menganggap setiap jenazah diuruskan seperti ahli keluarga sendiri.

 ?? Muhammad Rafieudin ?? Dianggarka­n kita menguruska­n antara 70 hingga
90 kes sebulan
Muhammad Rafieudin Dianggarka­n kita menguruska­n antara 70 hingga 90 kes sebulan
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia