Harian Metro

Eksport durian segar ke China

-

Beijing: Durian berpotensi menjadi satu lagi komoditi eksport utama Malaysia jika dimajukan secara sistematik dan besar-besaran seperti getah dan sawit.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia berjaya memajukan ladang getah yang asalnya dibawa dari Amerika Selatan sehingga menjadi pengeluar terbesar dunia.

Menerusi penyelidik­an, katanya, negara ini juga berjaya berbuat demikian untuk sawit yang berasal dari Afrika Barat.

“Namun, durian adalah tanaman asal Malaysia, tetapi kita tidak pernah memikirkan mahu memajukan ladang durian bersistema­tik sebagaiman­a kita lakukan untuk getah dan sawit.

“Saya fikir, sudah sampai masanya kita mengeluark­an durian secara besar-besaran dan secara sistematik kerana di China saja ada 1.4 bilion rakyatnya yang sukakan buah ini,” katanya.

Dr Mahathir yang sedang dalam lawatan rasmi lima hari ke China bermula Jumaat lalu berkata demikian pada jamuan tengah hari bersama pemimpin korporat Malaysia di sini, semalam.

Hari ini, Perdana Menteri dan rakan sejawatnya dari China, Li Keqiang akan menyaksika­n pemeteraia­n beberapa memorandum persefaham­an (MoU) dengan salah satunya bakal memberikan laluan eksport buah durian Musang King segar ke China berbanding dalam bentuk sejuk beku sekarang.

Dr Mahathir juga menegaskan, perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China boleh menyediaka­n peluang untuk Malaysia.

Katanya, pada masa ini, syarikat AS masih mahu melabur di China jika boleh kerana ia adalah pasaran yang besar.

“Namun, jika mereka tidak boleh berbuat demikian, mereka akan mencari lokasi lain dan mungkin boleh tarik syarikat AS itu untuk melabur di Malaysia,” katanya.

Mengenai inisiatif One Belt One Road (OBOR) yang ditaja China, Perdana Menteri berkata, bagi Malaysia apa yang penting ialah kebebasan perdaganga­n menggunaka­n jalan laut.

Beliau menjelaska­n, dulu kapal Eropah yang mahu ke China perlu melalui Selat Melaka, tetapi ketika itu tiada negara yang membuat tuntutan.

Namun, katanya, sekarang China menyatakan Laut China Selatan adalah haknya.

“Bagi saya ia tidak penting selagi kita boleh menggunaka­nnya untuk laluan kapal. Setakat yang saya tahu, China tidak bercadang untuk menyekat atau memeriksa kapal yang menggunaka­n laluan itu. Itu bermakna perdaganga­n Malaysia boleh diteruskan menggunaka­n laut yang sangat penting berbanding jalan darat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia