Harian Metro

Rahmat atau bencana beli

-

Peredaran zaman bergerak seiring dengan perkembang­an teknologi. Nilai ketamaduna­n manusia kelihatan turut bersandar kepada bagaimana majunya sesebuah generasi itu mencipta dan memanfaatk­an evolusi sains dan inovasi demi kelangsung­an hidup.

Akan hal ini, dapat dilihat sebilangan besar ahli dalam masyarakat hari ini ‘memakmurka­n’ trend membeli-belah secara dalam talian. Ia dikatakan satu budaya yang sangat cepat berkembang, diterima dan diraikan lantaran nilai ‘pro’ yang lebih banyak daripada ‘kontra’ jika dibandingk­an dengan kaedah membeli-belah secara konvension­al.

Jimat. Itulah perkataan yang selalu dikaitkan dengan membeli-belah secara dalam talian. Jimat duit petrol kereta untuk ke pasar raya dan jimat masa kerana tidak perlu ke lokasi lain andai pasar raya dikunjungi tiada barangan yang dicari.

“Masyarakat sekarang semakin malas!”. Itulah pula tanggapan sesetengah pihak mengenai trend pembelian barang dalam talian ini. Golongan ini menegaskan sebegitu kerana kelihatann­ya membeli–belah seperti itu adalah simbol ‘kemalasan’ kerana secara fizikalnya kita tidak perlu bergerak ke mana-mana lokasi. Hanya perlu duduk, menghadap skrin telefon bimbit atau gajet, buka laman sesawang atau aplikasi Internet tertentu dan bakal pembeli akan menemukan pelbagai katalog barangan pilihan.

“You name it, you will get it”. Namakan saja pasti anda akan temukan ia. Pilih saja barangan, buat pesanan, bayar dan tunggu saja dalam tempoh tertentu, barang yang dipesan akan sampai di depan pintu rumah.

Sejarah membeli-belah secara dalam talian bermula pada 1979 apabila Michael Aldrich, seorang usahawan, pakar IT dan pereka cipta berjaya menghubung­kan siaran televisyen domestik dengan komputer masa nyata untuk melakukan transaksi perbankan melalui saluran telefon domestik.

Usaha ini terus berkembang pada era 1980-an dan 1990-an apabila aplikasi pelayar

mula beroperasi dan dapat dilayari hampir di seluruh dunia yang memberi ruang kepada perusahaan tertentu memasarkan barangan melalui dalam talian.

Pada 1995, Amazon mula memasarkan dan menjual buku secara dalam talian manakala syarikat gergasi seperti Dell dan Cisco menggunaka­n Internet untuk semua transaksi penjualan mereka. Begitu juga dengan laman sesawang eBay yang mula menjadi tumpuan dalam talian dengan memberikan ruang kepada peniaga dan pembeli untuk membida dan menawarkan harga pelbagai barangan yang mencecah nilai jualan sebanyak AS$131 bilion pada 1995 itu.

Menurut laman web eReviews yang berpangkal­an di United Kingdom, pada 2015, jual beli dalam talian di seluruh dunia mencatatka­n nilai setinggi AS$1.55 trilion yang membuktika­n betapa ‘makmur’nya mod transaksi sebegini yang menjadi pilihan utama masyarakat seluruh dunia.

Kini, trend pembelian barangan secara dalam talian sangat ketara di seluruh dunia. Mengikut kajian

berpengkal­an di Amerika Syarikat, pada 2017, lapan daripada 10 warga Amerika Syarikat pembeli secara dalam talian dan secara puratanya 87 hingga 90 peratus pembeli barangan secara dalam talian golongan umur pertengaha­n antara 18 hingga 29 tahun.

Di Malaysia pula, banyak kajian dibuat berkenaan amalan membeli secara dalam talian ini. Misalnya, satu kajian dibuat oleh Vase Technology ke atas 1,000 responden tempatan mendapati 55 peratus daripada mereka lebih selesa dan memilih membeli secara atas talian berbanding 45 peratus secara konvension­al. Hasil kajian ini juga mendapati pembeli dalam talian di Malaysia banyak membeli gajet dan aksesori elektronik, diikuti produk kesihatan dan kecantikan dan produk alatan rumah dan pakaian.

Canadian Pos dalam satu kajian sosialnya pada 2016 menemukan beberapa sebab utama mengapa membeli-belah secara dalam talian menjadi satu ‘fenomena’ mutakhir ini. Pertama, pembeli hanya perlu mencari apa mereka mahukan dengan menekan papan kekunci pada telefon atau komputer dan barangan yang dicari akan ditemukan dalam beberapa saat.

Kedua, tiada keperluan bersesak-sesak atau beratur panjang seperti di pasar raya dan transaksi juga menggunaka­n sistem perbankan dalam talian tanpa perlu ada wang tunai di tangan.

Ketiga, boleh membeli-belah pada bila-bila masa tanpa risau dengan waktu berurusan konvension­al dan terhad seperti di pasar raya. Kadangkala sebelum mahu melelapkan mata di atas katil, transaksi pembelian boleh dilakukan dengan selesa.

Keempat, ia mudah bagi pembeli untuk membuat perbanding­an harga dan ulasan pihak lain yang pernah membeli sesuatu barang yang hendak dibeli. Ia kelihatan efektif dalam mewujudkan rasa selamat dan selesa untuk membeli sesuatu barangan itu dengan kemampuan untuk memilih yang paling murah, paling berkualiti dan paling dipercayai ramai.

Yang kelima, barangan boleh diperoleh secara global iaitu pembelian tidak terhad hanya penjual tempatan atau dari satu-satu negara saja, tetapi dari mana-mana ceruk dunia.

Bagaimanap­un, sebagai pembeli bijak, kita harus berhati-hati dan memikirkan kesan negatif yang banyak ditanggung oleh pembeli secara dalam talian lain. Melalui kes yang mungkin telah diangkat hingga ke tribunal tertentu atau mahkamah, kita perlu menimbang sebaiknya keperluan membeli secara dalam talian ini agar tidak ‘menangis’ pada kemudian hari.

Misalnya, isu barangan yang dibeli sama ada ia tulen atau cetak rompak boleh mendatangk­an kesan sampingan, selain kerugian iaitu bahaya apabila mengendali­kan atau menggunaka­n produk cetak rompak yang biasanya ditawarkan pada harga jauh lebih murah berbanding kebiasaann­ya.

Seterusnya, pelanggan adakalanya perlu menunggu lama untuk menerima barangan. Kadangkala boleh mengambil masa sebulan atau lebih jika produk itu dibeli dari luar negara. Ada kalanya produk langsung tidak sampai ke tangan kerana hilang sewaktu proses pengeposan, tersalah alamat atau kalau diterima pun, ia sudah rosak atau tidak boleh digunakan.

Sebagai pembeli, kita tidak dapat menguji produk sebelum membeli kerana ia hanya terhad kepada penampilan produk dan ciri-cirinya dalam gambar, brosur atau iklan penjual atas talian ini. Unsur penipuan boleh berlaku apabila wujud penjual atas talian yang tidak jujur dan memang mengambil kesempatan menipu.

Begitu juga dengan isu kebolehper­cayaan dan keselamata­n transaksi pembelian dalam talian menggunaka­n kad kredit yang boleh menyebabka­n pembeli ditipu apabila barangan tidak diperoleh, wang dalam akaun bank tetap dipotong untuk pembayaran.

Kesimpulan­nya, andai ia boleh dikawal, memudahkan dan memberikan kelebihan, sila teruskan transaksi pembelian dalam talian. Anda mungkin pembeli berhemah dan tahu mengawal diri apabila membeli secara dalam talian.

Andai pernah tertipu atau takut tertipu, alternatif untuk membeli-belah secara konvension­al masih banyak. Anda tidak kelihatan ‘ketinggala­n zaman’ berbanding pembeli secara dalam talian ini. Mungkin trend pembelian dalam talian satu ‘rahmat’ bagi sesetengah kita Mungkin jua ia satu ‘bencana’ buat sesetengah yang lain.

Penulis pensyarah di Program Dakwah Dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia