Harian Metro

Piawaian ibadah korban

-

memeriahka­n suasana Aidiladha.

Firman Allah SWT pada ayat 37 dalam Surah al-Hajj menyatakan, hanya amalan korban yang ikhlas dilakukan atas dasar takwa akan diterima oleh-Nya.

Sekiranya perkara asas itu difahami dengan betul, maka amalan korban akan diterima oleh Allah SWT. Setiap amal ibadat yang dilakukan perlulah bertujuan untuk meraih keredaan Allah SWT.

Dalam melaksanak­an ibadat korban, ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sama ada oleh orang yang melaksanak­an ibadat korban, mahupun orang yang menerima pemberian daging korban.

Perkara ini perlu diberi peringatan supaya kita tidak termasuk dalam kalangan orang yang berkorban, namun menjadi siasia kerana amalan itu tidak mencapai piawaian yang ditetapkan Allah SWT.

Antara perkara yang perlu diambil perhatian bagi orang yang menyembeli­h binatang korban ialah mengetahui berkorban menyembeli­h binatang itu adalah satu ibadat.

Ia bukan saja membabitka­n hubungan diri dengan Allah SWT, malah hubungan sesama manusia.

Daging korban perlu dibahagika­n mengikut ketetapan syarak. Maksudnya, setelah melakukan korban binatang, ada hak orang lain yang perlu ditunaikan.

Daging korban itu perlu diagihkan kepada golongan fakir miskin yang memerlukan. Sebolehnya, golongan itulah yang patut diberi keutamaan menerima daging korban.

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing…” (Surah alIsrak, ayat 26)

Selain itu, ketika melakukan ibadat korban, jangan sesekali merasakan diri akan mengalami kerugian. Elakkan mengambil bahagian yang banyak daripada sembelihan korban kita sendiri, walhal ramai lagi golongan yang memerlukan daging itu.

Memang benar, binatang korban itu dibeli menggunaka­n duit sendiri. Namun, jika kita faham pengertian ‘korban’, maka jangan sesekali berasa rugi daripada pelaksanaa­nnya.

Yakinlah Allah SWT akan segera memberikan ganti perbelanja­an yang dikeluarka­n pada jalan-Nya. Setiap pagi, Allah SWT mengutus dua malaikat dengan yang satu berdoa: “Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang melakukan infak.” Dan yang kedua berdoa: “Ya Allah, berikanlah kehancuran bagi orang yang menahan hartanya (kedekut).” (Muttafaq ‘alaih)

Bagi golongan yang menerima daging korban pula, usah lupa mendoakan kesejahter­aan bagi orang yang memberi daging korban.

Itulah antara perkara yang menzahirka­n betapa kehidupan umat Islam subur dengan budaya tolongmeno­long.

Umat Islam yang termasuk dalam golongan fakir miskin sentiasa dalam pembelaan Islam. Begitu juga bagi penerima daging korban dalam kalangan orang berada atau kaya.

Jangan sesekali menolak pemberian daging korban kerana sememangny­a mereka layak menerima daging korban itu.

Ada kalanya disebabkan terlalu banyak penerimaan daging korban kerana ramai yang berkorban, maka akan berlaku pembaziran. Manfaatkan daging korban untuk dimakan kerana ia hasil usaha orang lain untuk mendekatka­n diri mereka

„ Hanya amalan ikhlas atas dasar takwa diterima Allah

kepada Allah SWT.

Sekiranya tidak menerima daging korban, usah berkecil hati lantas menghambur­kan kata-kata yang tidak sedap didengar.

Anggaplah segala rezeki ketentuan Allah SWT. Kita perlu memahami pengajaran di sebalik pensyariat­an ibadat korban.

Daging korban bukanlah segala-galanya kerana yang utama ialah keikhlasan diri melaksanak­an perintah Allah SWT.

Begitu juga bagi yang belum berkemampu­an untuk menyembeli­h binatang korban, tanamkan azam untuk melaksanak­annya pada masa akan datang dengan suntikan motivasi selepas menyaksika­n orang lain menunaikan ibadat korban pada Aidiladha kali ini.

Penulis pensyarah Pusat Pengajian Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu

 ??  ?? JADILAH hamba yang bertakwa kepada Ilahi. - Gambar hiasan
JADILAH hamba yang bertakwa kepada Ilahi. - Gambar hiasan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia