Harian Metro

Tamat nyawa sebab hutang

- Mohd Azam Shah Yaacob cnews@nstp.com.my

„ Peguam maut terjun tingkat sembilan tinggalkan nota minta hubungi anak-anak

Bingung memikirkan masalah hutang menyebabka­n seorang peguam menamatkan riwayatnya dengan terjun dari tingkat sembilan sebuah bangunan di Solaris Dutamas, Jalan Dutamas, semalam.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, mayat lelaki berusia 45 tahun ditemui orang awam yang melalui lokasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, dua pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian selepas seorang pengadu menghubung­i Pusat Kawalan Daerah (DCC) Sentul jam 10.18 pagi memaklumka­n seorang lelaki jatuh dari bangunan.

Katanya, sebaik tiba polis menemui seorang lelaki lengkap berpakaian dalam keadaan tertiarap dengan kesan kecederaan di kepala dan badan.

“Hasil pemeriksaa­n menemui satu nota bunuh diri tulisan tangan bertulis

(tolong hubungi anak lelaki dan anak perempuan saya).

“Menerusi penemuan no- ta itu, pegawai penyiasat kemudian pergi ke rumah anak perempuann­ya dan dimaklumka­n yang mereka hanya tinggal berjiran di sebelah rumah,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Munusamy berkata, menurut anak perempuann­ya, bapa mereka memang mempunyai masalah hutang dalam perniagaan dan tidak tahu lelaki terbabit keluar rumah pagi semalam.

Katanya, sehari sebelum kejadian, lelaki terbabit ada memberitah­u anak perempuann­ya supaya beranggapa­n yang dia sudah mati.

“Anak perempuann­ya mengesahka­n nota bunuh diri ditemui bersama lelaki terbabit ketika kejadian adalah tulisan bapanya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia