Harian Metro

Warga emas rugi RM10,000 dipukau

-

Jaya: Temberang mangsa konon di rumahnya ada hantu. Itu taktik tiga wanita warga China ‘memukau’ wanita warga emas berusia 62 tahun sebelum melarikan barang kemas dan wang tunai berjumlah RM10,000, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, terdahulu warga emas berkenaan didatangi tiga wanita ketika berada di Pasar Pagi Puchong Indah, jam 7.45 pagi.

Katanya, suspek terbabit mendakwa ada hantu di rumah mangsa dan memintanya mengambil barangan kemas miliknya untuk diselamatk­an.

Katanya, mangsa yang percaya dengan suspek terbabit kemudian pulang ke rumah untuk mengambil barangan kemas itu.

“Tiga wanita terbabit menunggu berhampira­n rumah mangsa sebelum mangsa menyerahka­n lima cincin emas, tiga rantai emas dan wang tunai RM5,000.

“Mangsa kemudian menceritak­an kejadian kepada anaknya dan mengesyaki dia dipukau kerana menyerahka­n barang berkenaan tanpa sedar,” katanya ketika ditemui, di sini,

semalam.

Beliau berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Bukit Puchong untuk tindakan lanjut.

“Susulan laporan dibuat mangsa, sepasukan polis daripada unit rondaan ke pasar berkenaan untuk melakukan pengawasan.

“Anggota polis kemudian menahan seorang wanita warga China berusia 47 tahun dipercayai mempunyai kaitan berhubung kes itu,” katanya.

Katanya, polis turut merampas tiga telefon pintar dan suspek dibawa ke Balai Polis Bukit Puchong untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia