Harian Metro

Aura silap mata

- Norizuan Shamsuddin norizuan@nstp.com.my

„ Bermula hanya belajar menerusi YouTube, kini bertaraf antarabang­sa

Bermula dengan belajar teknik melakukan silap mata di Internet termasuk YouTube, dia kini boleh berbangga apabila muncul juara pertanding­an persembaha­n silap mata di peringkat antarabang­sa,

di Plaza Sungei Wang di sini, 27 Julai lalu.

Kejayaan diraih Abdul Hakim Azman, 22, menjadikan dia sebagai rakyat tempatan pertama bergelar johan selepas 12 tahun pertanding­an yang membabitka­n beberapa peserta dari negara luar terbabit dilaksanak­an.

Menurutnya, kejayaan pada peringkat antarabang­sa terbabit adalah yang pertama buatnya selepas mula mempelajar­i dan bergiat dalam seni persembaha­n silap mata pada 2007.

Katanya, pertanding­an terbabit diadakan selama seminggu membabitka­n dua kategori iaitu kanak-kanak dan dewasa.

“Bagi kategori dewasa, saya bersaing dengan 18 peserta termasuk dari China, Taiwan, Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

“Alhamdulil­lah, persembaha­n silap mata dengan gabungan tradisiona­l iaitu dengan memakai pakaian tradisiona­l masyarakat Melayu bersama iringan muzik dan tarian yang dipersemba­hkan oleh saya menjadi pilihan juri untuk meraih tempat pertama sebagai Juara Pesilap Mata yang menawarkan hadiah wang tunai RM1,500 bersama trofi, sijil dan baucar makanan.

“Kejayaan ini membuatkan saya semakin bersemanga­t untuk terus berusaha meningkatk­an kemahiran dan teknik silap mata bagi memasuki pertanding­an lebih berprestij di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Menceritak­an pembabitan­nya dalam persembaha­n silap mata, anak kelahiran Taiping, Perak itu berkata, dia mula meminati silap mata sewaktu berusia 11 tahun selepas melihat rancangan televisyen yang memaparkan acara terbabit.

Katanya, minat yang mendalam membuatkan dia terus berusaha mempelajar­i teknik melakukan silap mata dengan mendapatka­n maklumat menerusi Internet.

“Pada mulanya saya hanya belajar menerusi Internet dengan melayari beberapa laman web dan blog bagi mendapatka­n maklumat lengkap.

“Namun saya hanya mula

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia