Harian Metro

Pensyarah AIMST bawa nama Malaysia ke Berlin

-

Sungai Petani: Kemenangan pada pertanding­an inovasi

di Universiti AIMST, Semeling, dekat sini, kelmarin melayakkan seorang pensyarah mewakili negara ke peringkat antarabang­sa di Berlin pada 8 November depan.

Pensyarah dari Jabatan Bioteknolo­gi, Fakulti Sains Gunaan, Institut Perubatan, Sains, dan Teknologi Asia (AIMST), Dr Guruswamy Prabhakara­n berjaya menewaskan 45 peserta lain dari pelbagai universiti awam (UA) dan swasta.

Kemenangan itu diperoleh hasil kajian beliau

yang bertajuk

yang berjaya memenangi hati juri.

Guruswamy berkata, kemenangan terbabit memberi peluang untuk mengetenga­hkan hasil kajiannya ke peringkat antarabang­sa.

Beliau turut berharap ia dapat mencuri hati juri di sana sekali gus mengharumk­an nama negara serta institusi yang diwakiliny­a.

“Kini saya perlu membuat persiapan lebih mantap dan memperkema­skan kajian saya untuk pertanding­an peringkat antarabang­sa pada November depan.

“Saya bakal berhadapan dengan ramai peserta hebat dari serata dunia dalam pertanding­an terbabit dan sudah pasti ia akan memberi cabaran besar untuk memenangin­ya namun saya juga yakin dengan kemampuan diri sendiri,” katanya.

Sementara tempat kedua pertanding­an itu dimenangi penuntut AIMST, Lavannia Kasinathan, 24, dengan pembentang­an bertajuk,

manakala tempat ketiga milik penuntut Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, Nur Hasanah Mohd Hassan, 23.

Peserta terdiri pelbagai latar belakang pendidikan yang merangkumi 37 peserta dari Malaysia, empat dari India, seorang wakil masing-masing dari Nigeria, Sudan dan Pakistan dengan membentang­kan idea serta inovasi baru dalam pelbagai bidang sains.

 ??  ?? DR Guruswamy (empat dari kiri) bersama pemenang tempat kedua,Lavannia (lima dari kiri) dan pemenang tempat ketiga, Nur Hasanah (tiga dari kiri) bersama barisan juri.
DR Guruswamy (empat dari kiri) bersama pemenang tempat kedua,Lavannia (lima dari kiri) dan pemenang tempat ketiga, Nur Hasanah (tiga dari kiri) bersama barisan juri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia