Harian Metro

Kereta disorok untuk dilelong

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@nstp.com.my

>>Institusi kewangan boleh tarik kenderaan jika pelanggan gagal buat bayaran bulanan 2 bulan 21 hari

„ Pemilik buntu kenderaaan ditarik syarikat kewangan ada tunggakan tidak sampai dua bulan

Seorang lelaki buntu apabila kenderaann­ya bukan saja ditarik kerana mempunyai tunggakan tidak sampai dua bulan, malah disorok pihak tertentu untuk dilelong kepada syarikat kenderaan terpakai dengan harga lebih murah.

Lelaki terbabit, Solomon David, 30, yang menetap di Seremban, Negeri Sembilan, berkata, ketika kejadian, keretanya mempunyai tunggakan tidak sampai dua bulan dan dia berusaha menjelaska­nnya dalam tempoh terdekat.

“Secara tiba-tiba, kereta saya hilang 6 Julai lalu ketika diletakkan di hadapan rumah di Seremban 2.

“Saya membuat laporan di balai polis berhampira­n sebelum dimaklumka­n kenderaan itu ditarik pihak tertentu kerana mempunyai tunggakan.

“Berikutan itu, saya menghubung­i syarikat kewangan terbabit dan mereka seolah-olah tidak mahu menyelesai­kan masalah berkenaan walaupun saya menyatakan mempunyai wang membayar tunggakan,” katanya.

Solomon berkata, dia perlakukan seperti bola apabila institusi kewangan itu sering memberi alasan apabila dia mahu mengambil kembali keretanya dan hanya memintanya bersabar serta menunggu panggilan daripada pihak berkaitan.

“Minggu lalu, saya dimaklumka­n kereta itu akan dilelong dan sudah ada pembelinya. Apa yang menjadi persoalan adalah saya tidak mendapat notis atau peringatan daripada institusi kewangan terbabit.

“Lebih membingung­kan lagi, kereta saya itu kini berada di gudang di Melaka untuk proses lelongan yang dijangka dilakukan dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penyelesai­an Pengguna dan Peminjam Malaysia Rosland Mohd Arif berkata, pihaknya sudah mengadakan pertemuan bersama institusi kewangan terbabit demi mendapatka­n kembali kereta milik Solomon yang ditarik.

“Kami mendapati institusi kewangan itu gagal mengikut prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan Bank Negara malah sanggup menipu pelanggan mereka demi mendapatka­n keuntungan berganda.

“Mengikut SOP Bank Negara, institusi kewangan boleh menarik kenderaan jika pelanggann­ya gagal membuat bayaran bulanan selama 2 bulan 21 hari.

“Institusi kewangan juga perlu memaklumka­n terlebih dulu kepada pemilik sekiranya mahu menarik atau melelong kenderaan mereka,” katanya.

 ??  ?? ROSLAND
ROSLAND

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia