Harian Metro

Lapan senarai suspek bom di Takbai

-

Kota Bharu: Polis Kelantan menerima lapan senarai nama suspek yang disyaki terbabit dengan penemuan 41 bom di Takbai, Narathiwat pada Jun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, senarai nama itu diterima hasil mesyuarat diadakan bersama Polis Narathiwat pada 16 Ogos lalu.

“Mesyuarat itu diadakan bersama Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Manus Siksamut bagi mendapat kerjasama dua hala.

“Kami dapati lapan suspek itu berusia antara 20 hingga 30-an dan senarai nama itu dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Bukit Aman, Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutny­a,” katanya pada sidang media pada Majlis Perhimpuna­n Bulanan di IPK di sini, semalam.

Pada majlis itu, 10 pemberita daripada NSTP, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kosmo, Bernama, TV9 dan Chines Press menerima surat penghargaa­n daripada Polis Kelantan.

Hasanuddin berkata, siasatan awal mendapati semua suspek dipercayai berasal dari negara jiran.

Katanya, kes itu belum selesai dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Pada 21 Jun lalu, polis Thailand menemukan 41 bom buatan sendiri terbabit bersama alat peledaknya di dalam sebuah trak pikap yang ditahan ketika sekatan jalan raya di Kampung Saring, daerah Takbai, Narathiwat.

Bom buatan sendiri itu didakwa dibawa dari Sungai Golok untuk dihantar kepada seorang lelaki yang meloloskan diri di daerah itu.

 ??  ?? HASANUDDIN memeriksa perbarisan anggota sempena Majlis Perhimpuna­n Bulanan di IPK Kelantan.
HASANUDDIN memeriksa perbarisan anggota sempena Majlis Perhimpuna­n Bulanan di IPK Kelantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia