Harian Metro

Beli alat curi kenderaan dalam talian

-

Johor Bahru: Alat berteknolo­gi canggih yang mudah dibeli secara dalam talian menyumbang kepada penyalahgu­naan alatan itu untuk digunakan sindiket curi kenderaan mewah.

Pada 7 Ogos lalu, polis Johor berjaya menyelesai­kan 22 kes curi kenderaan mewah di negeri ini dengan tumpasnya sindiket jenayah itu yang dipercayai aktif sejak setahun yang lalu.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, polis berjaya menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 30 hingga 50 tahun dalam tiga serbuan berasingan di tiga lokasi sekitar daerah Johor Bahru Selatan dan Seri Alam.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis merampas 12 kenderaan mewah iaitu lima Honda CRV, tiga Honda Civic, dua Toyota Vellfire dan dua Honda Accord yang dilaporkan hilang bukan saja di Johor malah di Selangor dan Kedah.

“Semua kenderaan dirampas bernombor pendaftara­n tempatan yang dilaporkan hilang. Kami merampas sebahagian daripada pelbagai alat yang dipercayai digunakan sindiket ini bagi tujuan mencuri kenderaan ini.

“Hasil siasatan awal mendapati kenderaan yang dicuri ini adalah untuk dijual di pasaran tempatan,” katanya pada sidang media selepas majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Seri Alam di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim.

Mohd Kamarudin berkata, hasil siasatan awal mendapati sindiket ini mensasarka­n kenderaan mewah yang diletakkan di tempat letak kereta awan dan perumahan dengan menggunaka­n peralatan khas.

“Sindiket ini mempunyai kepakaran membuat kunci pendua selain mencetak cukai jalan palsu untuk diletakkan pada kenderaan yang dicuri,” katanya.

 ??  ?? MOHD Kamarudin (dua kiri) menunjukka­n sebahagian peralatan mencuri kereta yang dirampas di IPD Seri Alam.
MOHD Kamarudin (dua kiri) menunjukka­n sebahagian peralatan mencuri kereta yang dirampas di IPD Seri Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia