Harian Metro

‘saya bukan mak burung’

- DARI MUKA R25

Namun, Joe yang sebelum ini mengambil pendekatan mengunci mulut akhirnya bersuara.

Tanpa berselindu­ng, Joe, 48, atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir mengakui dia kecewa dengan tiga bekas anggota Prime Domestic itu.

“Saya tak kisah mereka nak tinggalkan Prime Domestic, tetapi saya kecewa dengan sikap mereka. Bagi saya, mereka tidak tahu bersyukur,” katanya kepada RAP.

Joe berkata, sejak awal penubuhan Prime Domestic, ia bukan sekadar suka-suka atau dibuat sambil lewa.

“Ia juga ada manifesto seperti parti politik dan kekal sebagai band projek tetapi yang serius. Pada masa sama, kami juga sepakat tidak akan menghalang kerjaya solo masing-masing.

“Contohnya, Hillary masih boleh bermain di kelab malam kerana itu minatnya. Saya pula tidak ke arah itu dan lebih suka bermain di gig. Fauzi pula dibenarkan mengiringi persembaha­n Datuk Ramli Sarip, Datuk Zainal Abidin atau bermain di kelab.

“Begitu juga Aweera yang boleh teruskan kerjaya solo, manakala Ainol masih boleh bermain dram untuk Bunkface dan Deja Voodoo Spells,” katanya.

Joe berkata, dia bersama rakan kongsinya dari JJ Rochestra Sdn Bhd yang banyak memberi tajaan kepada Prime Domestic tidak pernah menghalang

Dakwa bekas ahli salahkan

dirinya dan Prime Domestic

apabila projek solo tak menjadi

kerana mereka mempunyai cara untuk mengatasin­ya sekiranya ada aktiviti yang bertembung tarikh.

“Isu ini tak pernah timbul tetapi apabila kerjaya dan projek solo mereka pun tak ke mana, mereka mula menyalahka­n saya dan Prime Domestic.

“Saya memang keliru dengan mereka dan tak boleh bekerja dengan orang begitu. Mana ada orang duduk goyang kaki kemudian duit datang bergolek?

“Apabila ada masalah peribadi, mereka mahu saya yang fikir dan selesaikan. Ini pelik kerana masingmasi­ng ada kehidupan dan tanggungja­wab sendiri. Kalau nak jadi anak burung, saya bukannya emak burung!” katanya.

Menurut Joe, dia tak pernah tidak menolong mereka sekiranya ada masalah. Namun, dia hairan kenapa boleh timbul isu wang walaupun mereka sebenarnya mendapat banyak habuan daripada syarikat berkenaan.

Joe berkata, ketika Aweera berdepan masalah tunggakan sewa rumah, pihaknya yang menjelaska­nnya. Begitu juga ketika ibu Aweera sakit dan dia turut dibantu.

“Kami juga menghulurk­an sumbangan ketika ibu mentua Hillary sakit dan meninggal dunia. Malah, Fauzi turut diberikan wang perbelanja­an.

“Bukan itu saja, Hillary turut mendapat gitar baru berharga lebih RM24,000. Dia yang meminati bidang fotografi turut diberikan kamera yang berharga

 ??  ?? Apabila sudah tolong sekali, minta lagi untuk kali kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Kalau tak dapat, mereka akan membuat persepsi sendiri dan berasakan diri tidak dipedulika­n
Apabila sudah tolong sekali, minta lagi untuk kali kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Kalau tak dapat, mereka akan membuat persepsi sendiri dan berasakan diri tidak dipedulika­n
 ??  ?? PRIME Domestic sebelum pengundura­n Hillary, Aweera dan Fauzi.
PRIME Domestic sebelum pengundura­n Hillary, Aweera dan Fauzi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia