Harian Metro

1,700 graduan MSU dirai

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

5 kategori anugerah khas kecemerlan­gan diberikan

kepada 53 graduan

Seramai 1,700 graduan diraikan sempena Majlis Konvokesye­n Management & Science University (MSU) ke-23 di kampus utama MSU Shah Alam, Selangor barubaru ini.

Secara keseluruha­n, 36 graduan menerima ijazah pasca siswazah,

1,113 graduan menerima ijazah sarjana muda dan 551 menerima diploma.

Konvokesye­n itu turut meraikan graduan sulung bagi program Diploma in Music Technology.

Lima kategori anugerah khas kecemerlan­gan turut diberikan kepada 53 graduan atas pencapaian dalam bidang pengajian.

Mereka terdiri daripada penerima Anugerah Pingat Emas Canselor iaitu K Arivananth­an (Bachelor of Biomedical Science), Anugerah Presiden untuk Nur Kamarina Tajudin (Bachelor of Counsellin­g and Guidance) dan Era Masturah Ramlee (Diploma in Fashion Design), manakala Anugerah Mohd Shukri Yajid Outstandin­g Award pula menjadi milik Azral Ismawy Ahmad (Bachelor of Medical Science).

Seramai 24 graduan menerima Anugerah Akademik dan 25 graduan lagi menerima Anugerah Industri.

Pada majlis itu turut diadakan penganuger­ahan Ijazah Doktor Kehormat dalam Keusahawan­an kepada tokoh korporat terkemuka, Tan Sri Dr

Lim Wee Chai yang juga Pengerusi Eksekutif Top Glove Corporatio­n Bhd (Top Glove) dan Ijazah Doktor Kehormat dalam Pengurusan Pendidikan kepada Pengerusi Accreditat­ion Service for Internatio­nal Schools, Colleges & Universiti­es (ASICS) Maurice K Dimmock.

Ijazah kehormat itu disampaika­n Pro Canselor MSU Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. Turut hadir Presiden MSU Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid dan Naib Canselor MSU, Profesor Puan Sri Dr Junainah Abd Hamid.

 ?? FOTO: ?? DR Mohd Shukri bersama graduan.
FOTO: DR Mohd Shukri bersama graduan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia