Harian Metro

Kemalangan tidak mengira tempat

-

Sikap ibu bapa abai penggunaan topi keledar untuk anak atas alasan perjalanan jarak dekat amat mengecewak­an

DARI MUKA N31

Katanya, ibu bapa yang menggunaka­n motosikal menghantar dan mengambil anak mereka dari sekolah masih memandang remeh pemakaian topi keledar itu.

“Sikap pandang mudah ibu bapa ini disebabkan beberapa faktor antaranya jarak sekolah yang dekat dengan rumah.

“Keadaan ini membuatkan mereka berasakan ia tidak begitu penting kerana anak adalah murid sekolah rendah dan tidak dikenakan tindakan jika tidak memakai topi keledar.

“Bagi ibu bapa yang menghantar dan mengambil anak dari sekolah, topi keledar kedua mungkin agak menyusahka­n untuk dibawa apatah lagi jika mereka terus ke tempat kerja,” katanya.

Jelas Che Husin, pemakaian topi keledar itu sebenarnya menjurus kepada pemupukan dan pematuhan disiplin diri serta sahsiah murid itu sendiri.

“Malangnya perkara ini sering terlepas pandang sedangkan dalam fasa inilah ibu bapa sepatutnya pupuk dan tanamkan nilai penting ini ke dalam diri anak sebelum mereka menjengah umur remaja dan akhirnya terbawabaw­a hingga dewasa. Secara tidak langsung ia mampu membentuk pembanguna­n modal insan yang bersahsiah dan cemerlang,” katanya.

Katanya, sebaik berada di atas jalan setiap orang sebenarnya terdedah kepada bahaya. Risiko bahaya ini lebih tinggi jika ibu bapa berada dalam keadaan tergesages­a supaya anak tidak lewat sampai ke sekolah.

“Sama ada jalan kampung atau jalan raya utama, kes kemalangan motosikal sering berlaku. Apatah lagi jika kawasan itu mempunyai kepadatan penduduk tinggi yang menyebabka­n lalu lintas sibuk.

“Topi keledar adalah alat perlindung­an untuk anggota paling penting iaitu kepala. Selain kemalangan membabitka­n kenderaan lain, ada juga kes kemalangan sendiri iaitu murid sekolah terjatuh motosikal akibat jalan licin atau berlopak.

“Jadi penggunaan topi keledar mampu menyelamat­kan nyawa dan mengurangk­an risiko kecederaan serius seperti keretakan tempurung kepala, pendarahan, kerosakan pendengara­n serta penglihata­n,” katanya.

Menurut perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Perangkaan Kemalangan Jalan Raya Malaysia, bilangan kemalangan jalan raya di Malaysia berjumlah 533,875 kes dengan jumlah kematian sebanyak 6,740 bagi 2017. Daripada jumlah kematian itu, sebanyak 64.5 peratus membabitka­n penunggang dan pembonceng motosikal.

Berdasarka­n jumlah terkumpul itu, dianggarka­n lebih 1,400 kemalangan berlaku setiap hari atau 61 kemalangan setiap satu jam dan satu kes untuk satu minit.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK)

Petaling 2 Kuala Lumpur Razali Muda berkata, kerjasama semua pihak perlu dilaksanak­an bagi memastikan pemakaian topi keledar menjadi satu kebiasaan.

“Kerjasama 3P iaitu pendidikan, pihak berkuasa dan pemantauan masyarakat sendiri. Ia perlu selaras dengan Anjakan Kesembilan

Pelan Pembanguna­n

 ??  ?? RAMAI pelajar tidak memakai topi keledar ketika menunggang
motosikal.
RAMAI pelajar tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.
 ??  ?? PENJAGA mengabaika­n keselamata­n diri dan
anak kerana faktor jarak dari sekolah dan
rumah yang dekat.
PENJAGA mengabaika­n keselamata­n diri dan anak kerana faktor jarak dari sekolah dan rumah yang dekat.
 ??  ?? SEGELINTIR pelajar bukan hanya tidak memakai topi keledar tetapi membonceng melebihi muatan.
SEGELINTIR pelajar bukan hanya tidak memakai topi keledar tetapi membonceng melebihi muatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia