Harian Metro

BERINTERAK­SI DENGAN DUNIA SAINS

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Pelbagai bengkel pendidikan menarik di Festival Sains Petrosains 2018 yang memberi pembelajar­an yang menyeronok­kan kepada pengunjung.

Bertempat di Petrosains PlaySmart Kuantan, Perpustaka­an Perbadanan Awam, Pahang, festival itu dianjurkan Petrosains, The Discovery Centre.

Bertemakan Journey

Into the Future, One Discovery at a Time, festival ini membawakan banyak aktiviti yang berkaitan antaranya mobiliti pada masa hadapan, kehidupan yang mampan, pendidikan dan penjagaan kesihatan.

Bengkel pendidikan seperti taman terrarium, ketuhar solar, robot hidraulik, sesi pembelajar­an interaktif seperti pertunjuka­n sains cecair nitrogen dan pembakaran, aktiviti hiburan seperti persembaha­n pentas, sesi kecergasan Zumba dan trak makanan menarik pengunjung untuk menerokain­ya.

Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim berkata, Pusat Sains adalah institusi yang direka bagi memainkan peranan sebagai sistem sokongan pembelajar­an yang kukuh untuk pendidikan formal dan berterusan.

“Melalui pameran, program, pertanding­an atau festival, Pusat Sains mahu menjadikan sains menarik dan mudah diakses orang ramai.

“Festival ini adalah satu lagi langkah yang diambil Petrosains ke arah menyediaka­n pembelajar­an sains yang bermakna kepada masyarakat.

“Julung kalinya diadakan di Kuantan tahun ini, kami berharap masyarakat di sini mendapat manfaat daripada pembelajar­an dan persembaha­n yang disediakan untuk orang ramai terutama warga Kuantan,” katanya.

Pengunjung festival itu juga berpeluang memenangi hadiah menarik dengan menyertai pertanding­an foto PSF PlaySmart dan memuat naik foto semasa festival berlangsun­g di laman Facebook Petrosains menggunaka­n hashtag #psfplaysma­rt.

Antara rakan kolaborasi yang menyertai festival di Kuantan adalah Perbadanan Perpustaka­an Awam Kuantan yang menjadi lokasi rasmi bagi festival ini di Kuantan, Kelab Nuri Bank Rakyat, Unifi Telekom Malaysia, Tourism Malaysia, UNICEF dan Fakulti Muzik Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Festival Sains Petrosains

2018 beri pembelajar­an menyeronok­kan warga Kuantan

 ??  ?? KAKITANGAN Petrosains memberi cenderamat­a kepada pelawat.
KAKITANGAN Petrosains memberi cenderamat­a kepada pelawat.
 ??  ?? PENGUNJUNG mencuba Simulator
Realiti Maya (VR).
PENGUNJUNG mencuba Simulator Realiti Maya (VR).
 ??  ?? PENGUNJUNG mencuba
aktiviti Energizer yang dikendalik­an sukarelawa­n
Petrosains.
PENGUNJUNG mencuba aktiviti Energizer yang dikendalik­an sukarelawa­n Petrosains.
 ??  ?? SI kecil mengayuh Bike Blender untuk hasilkan jus buah menggunaka­n kuasa dari kayuhan.
SI kecil mengayuh Bike Blender untuk hasilkan jus buah menggunaka­n kuasa dari kayuhan.
 ??  ?? SAINS Komunikato­r Petrosains membuat persembaha­n sains Elephant Toothpaste
SAINS Komunikato­r Petrosains membuat persembaha­n sains Elephant Toothpaste

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia