Harian Metro

ILHAM HASIL KEMBARA

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Buat julung kalinya, MINI Malaysia memperkena­lkan koleksi kapsul MINI Fashion Field Notes secara eksklusif sempena Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 (KLFW 2018) yang melabuhkan tirai pada 12 Ogos lalu.

Koleksi itu dizahirkan menerusi pameran yang dianjurkan hasil kerjasama antara syarikat MINI dan juga The Woolmark Company, antara jenama tekstil dan fesyen terkemuka di dunia.

Pameran itu diadakan bagi mengetenga­hkan empat pereka muda luar negara yang sedang menempa nama di persada fesyen antarabang­sa iaitu Liam Hodges dari United Kingdom (UK), Shimo Zhou dan Une Yea (China), Wei Lin (Amerika Syarikat) dan Rike Fourstein (Jerman).

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BMW Malaysia Sasha Ambi berkata, semua pereka terbabit datang daripada latar belakang berbeza dan menggunaka­n pengalaman yang mereka lalui sepanjang mengembara untuk menghasilk­an rekaan masing-masing.

“Kami berbesar hati kerana dapat menghimpun empat pereka berkenaan dalam pameran ini kerana sebahagian­nya adalah alumni Internatio­nal Woolmark Prize iaitu sebuah anugerah berprestij bertaraf dunia khusus untuk individu berbakat dalam bidang fesyen.

“Bertepatan dengan tema ‘Transcendi­ng Borders’, setiap pereka mengambil inspirasi ketika mengembara untuk diterjemah­kan dalam bentuk pakaian yang khusus untuk pengembara urban.

“Rekaan itu dihasilkan dengan kombinasi warna, bentuk, komposisi bahan serta penggunaan bulu yang kontempora­ri dan inovatif sebagai bahan asas bersesuaia­n dengan jenama MINI yang terbuka dan optimistik,“katanya pada majlis pelancaran koleksi Kapsul MINI Fashion Field Notes. Turut hadir, tiga pereka tempatan iaitu pengasas label Supersunda­y, Kioue dan Dianna Yong (label Sayang) dan Kit Woo.

Berkongsi lanjut, Liam Hodges, pereka warga British berkata, rekaannya mengambil inspirasi daripada elemen sub budaya, pakaian skate hip hop, fesyen jalanan UK dan pengaruh ‘pasca-punk’ yang digabungka­n bagi menyampaik­an pelbagai mesej tersirat.

Katanya, terdapat juga elemen siluet dan tampalan yang diketengah­kan bagi menceritak­an pengalaman­nya ketika berada di New York.

“Kunjungan pertama saya ke New York bersama ibu dan ayah ketika kanakkanak dan pada waktu itu, saya hanya berpeluang mengenai kota Manhattan.

“Namun, kedatangan kali kedua lebih menarik apabila saya dapat berkunjung ke Brooklyn dan daerah lain dalam bandar berkenaan seperti yang diimpikan.

“Berdasarka­n pengalaman itu, saya cuba berikan nafas baru kepada gubahan fesyen klasik seperti seluar dan jaket denim serta baju lengan panjang yang dilengkapi kot, topi dan beg diperbuat daripada benang bulu kalis air,” katanya yang menetap dan bekerja di London.

Pereka dari Berlin,

Rike Fourstein pula juga mengambil inspirasi daripada pengembara­annya ke Russia khususnya bilik Amber di dalam Istana St Petersburg iaitu tempat yang kaya dengan sejarah.

Bagi memastikan rekaannya menarik, dia cuba bereksperi­men dengan kombinasi warna luar biasa dan menggunaka­n elemen ‘surealis’ bagi menghasilk­an gubahan aksesori serta pakaian kontempora­ri, eksklusif dan elegan.

“Rekaan ini dihasilkan dengan mengimbau kejadian Revolusi Russia yang pernah berlaku lebih 100 tahun lalu bagi mewujudkan pra dan pasca revolusi dengan estetika moden dalam rangkaian topi felt.

“Tarikan lain pula terletak pada kombinasi warnanya yang terdiri daripada gabungan rona batu permata seperti ambar, delima merah dan zamrud pada topi untuk menonjolka­n kemegahan Istana Catherine,” katanya.

 ??  ?? MAJLIS pelancaran koleksi Kapsul MINI Fashion Field Notes.
MAJLIS pelancaran koleksi Kapsul MINI Fashion Field Notes.
 ??  ?? PEREKA fesyen label PH5, Wei Lin (dua dari kiri) berkongsi mengenai rekaannya pada majlis pelancaran koleksi Kapsul MINI Fashion Field Notes sempena KLFW 2018.
PEREKA fesyen label PH5, Wei Lin (dua dari kiri) berkongsi mengenai rekaannya pada majlis pelancaran koleksi Kapsul MINI Fashion Field Notes sempena KLFW 2018.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia