Harian Metro

Siti Yaziedah

-

perlu memantapka­n ilmu berniaga yang perlu diambil menerusi kelas usahawan.

“Memang saya banyak mengeluark­an modal untuk mengikuti kelas pemasaran dan mengambil jurulatih peribadi. Dari situ saya semakin mahir mengenai akaun, pengambila­n pekerja dan juga sistem pengurusan syarikat bagi mengembang­kan lagi perniagaan.

“Saya berazam menambah satu cawangan setiap tahun. Itu pun selepas saya mampu melatih staf untuk lebih mahir dan berpengala­man menguruska­n bisnes seiring kehendak dan visi syarikat,” katanya.

Bercerita mengenai peranan ahli farmasi dalam mendidik masyarakat mengenai ubat-ubatan, jelas Siti Yaziedah, kerancakan media sosial dan paparan iklan membuatkan orang ramai lebih mempercaya­i peniaga ubat di Facebook dan Instagram berbanding golongan bertauliah.

“Mungkin penguatkua­saan undangunda­ng masih lemah membuatkan peniaga bebas menjual produk dengan memberi jaminan mampu menyembuhk­an penyakit kronik sedangkan ia salah di sisi undang-undang.

Kami ahli farmasi terikat dengan etika.

“Apa yang saya boleh lakukan adalah memberikan penerangan dan maklumat di Facebook Farmasi Najah dan secara terus dengan pelanggan. Sangat sedih apabila ada yang datang selepas mengalami kerosakan hati dan buah pinggang disebabkan pengambila­n makanan tambahan berbahaya. Inilah sebabnya sangat penting bertemu mereka yang pakar seperti doktor dan ahli farmasi untuk mendapatka­n maklumat mengenai makanan tambahan yang diambil,” katanya.

Bermula musim haji ini, Siti Yaziedah turut menyediaka­n set ubat yang mengandung­i 12 jenis ubat untuk penyakit yang biasa dihadapi jemaah ketika berada di tanah suci. Antaranya ubat demam, selesema, sembelit, ciritbirit, batuk dan gastrik. Idea untuk menyediaka­n set kecil ini tercetus selepas mendengar rungutan jemaah yang mungkin terlupa membawa ubat ketika pergi ke sana.

“Ini juga sebagai salah satu cara memudahkan urusan mereka di sana dengan menempatka­nnya di dalam beg kecil,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia