Harian Metro

Percaya kepada kekuatan minda

- KEKUATAN PADA KUALITI MAKANAN

DARI MUKA H53

Selepas tamat tingkatan lima Hatinie menyambung pengajian di Universiti

Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan teknologi makanan kemudian bergelar pegawai penyelidik di UPM sebelum melepaskan jawatan dan bekerja sebagai pensyarah di Institut Makanan Malaysia (IMM).

“Ketika di IMM banyak perkara yang saya pelajari. Ia bukan saja membabitka­n teknologi penyediaan makanan terkini tetapi cara komunikasi dan membina rangkaian hubungan di antara satu sama lain.

“Ketika masih bersemanga­t bekerja dan memberikan pelbagai idea mengenai industri makanan, ibu menghubung­i saya. Dengan suara lembut tetapi tegas ibu meminta saya pulang menguruska­n perniagaan keluarga kerana hanya saya harapan keluarga.

“Saya terkejut menerima panggilan ibu. Memang sebelum ini ibu pernah memujuk saya berhenti kerja dan pulang ke rumah. Tetapi saya tidak mahu kerana berasakan kerjaya sedang berada di ambang kejayaan. Bagaimanap­un, pujukan kali ini berbeza. Terdengar suara ibu lembut namun tulus mengharapk­an agar saya menyambung perniagaan mereka,” kata anak sulung daripada 12 beradik ini.

Selepas puas berfikir, akhirnya pada 2003 Wan Hatinie melepaskan jawatan sebagai pensyarah dan pulang untuk menyambung perniagaan ibu bapa. Walaupun ia keputusan yang sukar, sebagai anak adalah menjadi tanggungja­wab membahagia­kan ibu ayah yang sangat mengharapk­annya meneruskan legasi perniagaan makanan mereka.

Ujar Hatinie, sejak kecil dia dididik dengan penuh ketegasan. Wanita ini mengakui ketika berada di kedai tiada masa untuk menonton televisyen sebaliknya aktiviti harian dihabiskan dengan membaca buku dan majalah. Melihat paparan wanita berkerjaya dan usahawan berjaya timbul keinginan menjadi seperti mereka.

“Saya pernah berkata suatu hari nanti wajah dan cerita saya pula akan terpampang dalam akhbar atau majalah. Alhamdulil­lah apa yang saya angan-angankan menjadi kenyataan. Malah 10 tahun lalu ketika ditemu ramah media, saya pernah berkata mahu memiliki pusat sehenti untuk acara perkahwina­n dan ia dapat direalisas­ikan hari ini. Saya percaya kepada kekuatan minda yang menentukan kejayaan seseorang,” jelasnya.

Membina kekuatan menerusi kualiti makanan, inilah yang ditampilka­n jenama ini yang berada di pasaran hampir seusia dengannya iaitu 42 tahun. Bukan mudah untuk bertahan selama itu kerana pelbagai jenis jenama muncul silih berganti termasuk teknik pemasaran dan pengiklana­n yang semakin hebat.

“Kami dikenali disebabkan kualiti, kelazatan makanan serta perkhidmat­an cemerlang sehingga ia disampaika­n daripada mulut ke mulut. Walaupun tidak terlalu besar namun ia sentiasa ada sepanjang tahun dan tidak pernah berhenti,” katanya.

Menerima sambutan yang menggalakk­an memberi ilham kepada Wan Hatinie untuk memiliki dewan acara sendiri yang dapat menempatka­n ramai tetamu.

“Sebelum ini kami terpaksa menyewa ruang acara untuk majlis perkahwina­n atau korporat. Sudah sampai masanya kami memiliki dewan sendiri bagi memberikan lebih keyakinan kepada pelanggan. Ini kerana permintaan untuk acara sentiasa ada malah tidak mencukupi. Jadi saya mengambil cabaran untuk memantapka­n lagi jenama ini dengan wujudnya

Dewan Seri Hatinie yang boleh menempatka­n 3,000 tetamu,” katanya.

Ketika mula menyampaik­an idea ini ibu paling gembira dan memberikan sokongan penuh. Mereka turut membantu bagi memastikan semua keperluan dapat disediakan.

“Ayah menjalanka­n kerja pengubahsu­aian kerana dia memiliki kepakaran dalam bidang pembinaan. Ibu pula membuat dekorasi dewan dan hasilnya sangat mengujakan. Adik-beradik yang lain turut dikerah dalam bidang masingmasi­ng. Melihat hasilnya saya sangat gembira kerana ia bukan saja meningkatk­an ekonomi keluarga saya tetapi saudara-mara yang lain. Ini kerana perniagaan ini adalah perniagaan keluarga sejak zamanberza­man,” ujarnya yang turut berkeboleh­an bermain piano.

Pada masa akan datang ibu kepada dua cahaya mata ini mengharapk­an jenama Dewan Seri Hatinie mampu berada di tangga teratas dan menjadi pilihan orang ramai. Pada masa sama dia ingin mewujudkan peluang perniagaan kepada orang lain menerusi sistem francais.

“Saya ingin menguatkan jenama ini seterusnya kekal dalam ingatan orang ramai,” katanya yang memberitah­u Hatinie adalah gabungan perkataan ‘hati ini’ dan diambil bersempena namanya.-Siti Zarinah Sahib

 ??  ?? HATINIE boleh bermain piano dengan baik.
HATINIE boleh bermain piano dengan baik.
 ??  ?? GEMBIRA kerana memiliki dewan acara sendiri.
GEMBIRA kerana memiliki dewan acara sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia