Harian Metro

BUKAN ‘TANGAN PANAS’ PUN

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Bermula sekadar memenuhi keperluan ayah mencari benih pokok untuk berkebun mendorong Marlina Ismail, 33, turut melakukan perkara sama di rumah.

Ini ditambah keseronoka­n melihat beraneka tumbuhan dan pokok ketika mencari benih membuatkan minat untuk memiliki tanaman sendiri semakin bercambah.

“Sebelum ini bukan tiada minat, tetapi saya mempunyai pengalaman pokok mati selepas benih disemai. Saya anggap tangan ini 'panas' sebab itu pokok susah hendak tumbuh, tetapi apabila dewasa baru saya tahu teknik yang digunakan itu salah.

“Teknik yang betul rupa-rupanya benih tidak boleh dikambus terlalu dalam, cukup sekadar menutup nipis dengan tanah bagi memudahkan benih bercambah,” katanya.

Menyedari wujudnya minat berkebun membuatkan Marlina mula mencari peralatan seperti pasu, tanah organik dan benih yang dibeli di pusat penjualan benih MARDI yang semua kos berjumlah RM200.

“Dari segi peralatan, saya suka mencari bahan mampu milik terutama di kedai yang menjual barangan berharga RM2. Kadang-kadang, andai barang yang saya perlukan itu tiada saya buat sendiri melalui tunjuk ajar YouTube. Saya juga mencari di kedai barangan terpakai atau menggunaka­n barangan kitar semula,” katanya.

Namun disebabkan dia dan suami gemar melancong, sebelum mula bercucuk tanam timbul pertanyaan siapa yang akan menyiram pokok ketika berada di luar daerah. Wanita ini berasakan penanaman atas tanah bukan pilihan bijak.

“Saya mencari alternatif lain supaya kami tidak perlu menyiram pokok selalu. Selepas membaca, kami dapati teknik hidropot sangat sesuai. Kosnya pula murah hanya menggunaka­n set peralatan yang banyak dijual di Internet pada harga RM15 sehingga RM20.

“Saya terfikir daripada beli mahal kenapa tidak menghasilk­annya sendiri. Jadi saya beli beberapa barang dan mula menggabung­kannya satu persatu dengan kos RM4.50 saja,” katanya.

Menerusi kaedah ini, Marlina hanya perlu meletak baja dua atau tiga minggu sekali. Kaedah ini boleh mengurangk­an serangan penyakit atas tanah dan serangga terhadap tanaman. Contohnya pokok kesum pertama menggunaka­n hidropot hidup subur dan menghijau disebabkan penggunaan air yang banyak.

“Melalui kaedah ini, saya menggantik­an tanah dengan bebola tanah liat hidroton iaitu bahan semula jadi dari tanah liat yang digumpal menjadi bebola kecil pada suhu panas.

“Hidroton memudah dan mempercepa­tkan penguraian mikro organisma serta membantu mengekalka­n tahap keasidan (pH) air. Jadi saya tidak perlu menggantik­an air selalu dan ini sangat menjimatka­n,” katanya yang turut membuat pendawaian sendiri untuk tanaman hidroponik.

Dari segi penjagaan kaedah hidroponik sangat mudah. Marlina hanya perlu membuat semburan setiap pagi dan malam.

Teknik aquaponik pula menggunaka­n pam air dari kolam ikan untuk menyedut dan menyiram tanaman. Jadi apabila cukup masa, sayursayur­an dan ikan boleh dimakan.

Kebaikan menggunaka­n aquaponik ini ialah bebas nyamuk atau jentik-jentik yang menjadi makanan ikan. Semua pokok sesuai menggunaka­n teknik aquaponik cuma sama ada relevan atau tidak.

“Tanaman yang berhasil menggunaka­n kaedah ini adalah ulam-ulaman dan herba antaranya rosemary, oregano, pudina, basil, tarragon dan kesum. Sekarang ini saya dalam misi mencari benih strawberi untuk ditanam di belakang rumah,” katanya yang turut berhadapan masalah lumut pada bekas tanaman namun ia dapat diselesaik­an segera menerusi pembacaan di Internet.

Menariknya kedua-dua kaedah ini iaitu aquaponik dan hidroponik tidak menggunaka­n baja kimia selain baja organik dari najis ikan saja. Ini menyebabka­n semua sayur-sayuran bebas racun serangga.

Sehingga kini Marlina mempunyai 20 jenis pokok dan mengumpul modal untuk membesarka­n kolam ikan bagi menambah penanaman pokok herba di kawasan perumahan.

Mendapat sokongan 100 peratus daripada suami dan ayah, jelas Marlina dia juga mengajak anak untuk turut serta mengambil bahagian menyiram pokok.

“Biasanya saya menyiram sebelum ke tempat kerja atau selepas bekerja menggunaka­n campuran air dan baja Eco Enzyme pada hari biasa. Hujung minggu pula saya siram menggunaka­n air ikan dari kolam aquaponik saya,” katanya.

Sejak mula mempunyai kebun sendiri Marlina tidak lagi membeli sayur-sayuran.

“Lebih penting aktiviti ini membantu mengeluark­an peluh dan menjadi acara riadah bersama anak-anak. Mereka juga turut terdedah kepada penjagaan alam sekitar dan memelihara tumbuhan hijau untuk kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ?? PENANAMAN menggunaka­n aquaponik menggunaka­n baja organik.
PENANAMAN menggunaka­n aquaponik menggunaka­n baja organik.
 ??  ?? DAUN kesum tumbuh
subur ditanam secara hidroponik.
DAUN kesum tumbuh subur ditanam secara hidroponik.
 ??  ?? ANTARA herba yang ditanam Marlina
di rumah.
ANTARA herba yang ditanam Marlina di rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia