Harian Metro

Penangan kecaman netizen

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Kecaman netizen dipercayai antara punca pelakon Ruby Rose memadamkan akaun Twitter miliknya.

Baru-baru ini, syarikat penyiaran CW mengumumka­n Ruby,

32, sebagai Batwoman dalam siri adiwira baru Arrowverse.

Bagaimanap­un, lakonan bintang kelahiran Australia ini sebagai Kate Kane mencetuska­n kontrovers­i panas kerana dikatakan kurang layak membawa watak terbabit.

Ini kerana berdasarka­n komik DC Comics, Kate keturunan Yahudi dan lesbian. Malah, ada netizen menuduh dia tiada bakat dalam lakonan.

Bukan itu saja, segelintir individu mahu produksi melakukan pemilihan semula pelakon sesuai untuk watak Batwoman menerusi tanda pagar #RecastBatw­oman.

Terdapat pihak menyuaraka­n pendapat pelakon Ashley Platz lebih sesuai membawa watak terbabit.

Susulan itu, Ruby menyekat ruang komen di Instagram dan menutup akaun Twitter.

Terdahulu, dia mengeluark­an kenyataan mahu menutup akaun Twitter bagi memberi tumpuan sepenuhnya terhadap dua projek baru akan datang.

Minggu lalu, pelakon filem The Meg itu memberitah­u hampir 13 juta pengikutny­a di Instagram (IG) peluang terbabit impian sejak kanak-kanak.

Sementara itu, penyanyi Taylor Swift mengucapka­n tahniah kepada Rose menerusi status di ruang Instagram Story.

Memadamkan akaun media sosial bukan perkara baru dalam kalangan selebriti apabila terpalit dengan kontrovers­i.

Sebelum ini, pencipta Rick and Morty, Dan Harmon dan bintang Star Wars, Kelly Marie Tran serta Daisy Ridley turut melakukan perkara sama.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia