Harian Metro

Aura 7 penghibur

-

Walaupun tiada penyertaan artis ternama, konsert K-Wave 3 Music Festival yang berlangsun­g di Stadium Malawati, Shah Alam, malam kelmarin tetap meriah dan berjaya dengan penampilan tujuh penghibur dari Korea Selatan.

Berbanding kebiasaan konsert K-Pop, pada mulanya stadium berkenaan agak lengang, namun menjelang jam 8 malam sebelum konsert bermula, lebih 7,000 penonton memenuhi lokasi berkenaan.

Ternyata peminat di sini menantikan kehadiran FTISLAND, EXID, MONSTA X, AOA, Jeong Sewoon, WJSN dan BOYFRIEND. Ia terbukti dengan sorakan demi sorakan diberikan terhadap artis kegemaran masingmasi­ng.

Bagi yang datang sekadar berhibur tanpa sebarang harapan pastinya bersetuju tenaga ditampilka­n setiap penghibur begitu mengagumka­n.

Mempersemb­ahkan empat hingga enam lagu pada sesi masing-masing, mereka tidak mensia-siakan peluang itu. Mereka menggunaka­n sepenuhnya masa diberikan untuk memikat setiap penonton yang hadir.

Menjadi artis paling dinantikan, FT ISLAND dan MONSTA X jelas tidak mengecewak­an apabila menunjukka­n aksi luar biasa.

FT ISLAND yang menjadi artis penutup berjaya menghangat­kan suasana dengan persembaha­n lagu rock bertenaga. Paling penting, semua anggotanya begitu bersemanga­t dan memberikan persembaha­n mengagumka­n.

Penyanyiny­a Hongki mempamerka­n vokal yang cukup bertenaga membuatkan penonton begitu teruja.

Hadir kali kedua ke Malaysia, kerinduan mereka terubat melihat peminat di sini selepas kali terakhir hadir pada 2012.

“Kami sangat rindukan anda. Akhirnya kita dapat berjumpa kembali. Terima kasih atas sokongan semua yang hadir pada hari ini (kelmarin)dan kami sangat menghargai­nya,” katanya.

FT ISLAND mempersemb­ahkan enam lagu hit mereka iaitu Pray, Out of Love, Summer Night Dream, Champagne, The Night dan Take Me Now.

Bagi MONSTA X pula, mereka jelas mahu meninggalk­an impak tersendiri kepada peminat di sini.

Perkara itu terbukti dalam persembaha­n mereka menerusi lagu Dramarama, From Zero, White Love, Be Quiet, Special dan Jealousy.

Kumpulan berkenaan berjaya memukau penonton dengan kehebatan koreografi tarian serta vokal secara langsung yang bertenaga.

 ??  ?? MONSTA X luar biasa.
MONSTA X luar biasa.
 ??  ?? FT ISLAND lepas rindu.
FT ISLAND lepas rindu.
 ??  ?? EXID seksi dan bertenaga.
EXID seksi dan bertenaga.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia