Harian Metro

Bukan semua benda boleh buat lawak

-

SS gemar menonton program lawak tanah air kerana jenaka yang mereka sampaikan cukup dekat di hati. Memang ramai pelawak yang mampu menghiburk­an penonton.

SS kalau gelak memang terbahakba­hak. Itu tandanya SS memang terhibur dengan lawak disampaika­n. Yalah, SS manusia biasa yang cenderung dengan situasi menghiburk­an.

Tapi apa yang mengejutka­n apabila teman SS menceritak­an sikap seorang pelawak terkenal yang seolaholah menjadikan semua perkara itu kelakar. Senang cerita, terhibur dengan perkara yang tidak sepatutnya.

Begini ceritanya, teman pelawak ini menjadi pengacara majlis. Dalam acara santai, memanglah pengacara akan buat lawak dan sesekali mengusik rakannya.

Namun, ketika pengacara mula membacakan doa, pelawak itu tersenyum lebar menahan ketawa seolah-olah pengacara itu sedang membuat lawak.

Cepat-cepat teman SS alihkan perhatian kerana tidak mahu hilang fokus. Dia tertanya-tanya, apakah yang ada dalam fikiran di pelawak hingga dia tersenyum lebar sedangkan orang lain berwajah serius, khusyuk dengan doa?

SS juga terfikir perkara yang sama. Janganlah hanya disebabkan pengacara sering buat lawak hinggakan dia baca doa pun kita rasa kelakar juga.

Rasanya, dalam kehidupan, sebesar mana rasa cinta kita pada jenaka pun perlu tahu membezakan antara keutamaan dan hiburan. Tidak semua perkara itu perlu dijadikan bahan jenaka.

SS: Nak buat lawak kenalah bertempat. Pening SS dengan sikap seorang penyanyi dan penggubah lagu ni.

Dengan orang itu cakap begitu, dengan orang ini cakap begini. Bahaya betul sikap seperti ini.

Nanti orang ini keluar cerita berdasarka­n jawapan pertama yang diberikan kemudian orang itu pula keluarkan artikel mengikut jawapan kedua yang diungkapka­n.

Teman wartawan ini bukannya duduk semua sekali untuk menemu ramah seseorang selebriti itu. Dia mungkin ada selebriti lain yang perlu diutamakan.

Apabila kumpulan pertama sudah selesai barulah wartawan lain akan sekali lagi tanyakan soalan. Mungkin juga soalan itu sudah pun ditanyakan oleh kumpulan pertama tadi.

Jangan melenting dulu wahai pembaca. SS tahu, mesti ada yang berfikirka­n mudah. Apa susah, tanyakan sajalah jawapan daripada kumpulan pertama tadi. Kata kawan, kan?

Senang kerja kau, dik! Kawan pun, usaha itu mesti ada. Sudah namanya kerja, memanglah kena temu bual walaupun soalan yang diajukan itu sudah pun ditanyakan sebelum itu.

Cuma, apa yang SS mahu tegaskan adalah jawapan selebriti yang SS maksudkan itu. Dengan kumpulan pertama dia cakap tidak ada apaapa. Apabila keluar artikel yang ditulis oleh kumpulan B, ehh... kenapa pula kata ada masalah?

Tidak pasal-pasal kumpulan pertama yang terlebih dahulu menemu bual selebriti itu dikecam kerana seolaholah menulis benda yang tidak betul sedangkan wartawan hanya menulis berdasarka­n jawapan yang diberikan.

Tapi, netizen mana faham. Yang mereka tahu kecam dan kritik saja. Tuduh wartawan tidak ikut etika. Lepas tu ‘backup’ selebriti kesayangan. Alih-alih selebriti itu juga di pihak yang benar.

Itu belum lagi selebriti yang sudah berikan jawapan panas kemudian apabila artikel disiarkan terus muat naik di Twitter atau Instagram kata dia tidak cakap seperti yang ditulis pun.

Mahu saja SS sekeh biar sel otak bersambung. Atau perlu ke rakaman temu bual itu dimuat naik pula sebagai bukti dan pembelaan diri si penemu ramah?

SS: Susah betul bila manusia suka ‘membelit’. Macam ular!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia