Harian Metro

Pujuk pelajar cuba terjun asrama

-

Subang Jaya: Penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di sini, yang cuba membunuh diri berjaya diselamatk­an anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dalam kejadian jam 12.45 tengah hari semalam.

Remaja perempuan berusia 18 tahun diselamatk­an apabila pegawai dan anggota terbabit dalam operasi itu ‘menangkapn­ya’ selepas 10 minit memujuk.

Ketua BBP Subang Jaya Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumka­n seorang perempuan cuba membunuh diri pada jam 12.47 tengah hari dan dia bersama seorang pegawai kanan, penyelia serta lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, ketika tiba di lokasi pada jam 12.52 tengah hari, pasukannya menemui seorang perempuan duduk di bahagian atas pendingin hawa di tingkat tiga hostel IPTS berkenaan.

“Sebaik tiba, kami mendapati ada perempuan duduk di bahagian atas penghawa dingin dalam keadaan terdedah pada bahaya terjatuh ke bawah, dua pasukan kemudian dibentuk.

“Satu pasukan memujuk supaya wanita itu tidak terjun manakala satu lagi pasukan ditugaskan untuk menangkapn­ya,” katanya.

Syed Shahril berkata, selama 10 minit memujuk, pasukannya kemudian berjaya menangkap remaja itu yang berada dalam keadaan leka serta menariknya ke tempat selamat.

“Kita tidak tahu mengapa dia cuba terjun, namun ketika diselamatk­an dia dalam keadaan baik tanpa sebarang kecederaan.

“Remaja itu diserahkan kepada polis sebaik diselamatk­an untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba menenangka­n pelajar yang cuba terjun asrama.
ANGGOTA bomba menenangka­n pelajar yang cuba terjun asrama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia