Harian Metro

Apakan dayaku...

- Sabaruddin Abd Ghani cnews@nstp.com.my

„ Wanita derita asma kronik perlukan alat bantuan pernafasan

Seorang wanita yang menderita penyakit asma kronik memerlukan alat bantuan pernafasan bagi membolehka­nnya bernafas lebih baik, namun tidak mampu dibeli berikutan kesempitan hidup.

Noridah Mohd Hushim, 39, yang menderita pelbagai penyakit kronik sejak 15 tahun lalu kini terlantar di rumah selepas menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang selama enam hari sejak 9 hingga 14 Ogos lalu.

Menurutnya, penyakit asma kronik yang dihidapiny­a itu semakin serius hingga doktor menasihati­nya supaya menggunaka­n alat bantuan pernafasan berikutan paru-parunya dijangkiti kuman dan berair.

“Seminggu sebelum dimasukkan ke hospital, saya pergi ke rumah saudara di Seberang Jaya kerana ada urusan keluarga, tapi secara tiba-tiba mengalami sesak nafas lalu saudara menghantar saya ke hospital bagi mendapatka­n rawatan.

“Hasil pemeriksaa­n, doktor mendapati paru-paru saya dijangkiti kuman yang serius dan harapan untuk pulih seperti biasa agak tipis.

“Doktor kemudian menyaranka­n supaya menggunaka­n alat bantuan pernafasan sebagai usaha membolehka­n saya bernafas,” katanya di rumahnya di Felda Teloi Timur, di sini, kelmarin.

Berikutan keadaan paru-parunya semakin serius, anak kedua daripada tiga beradik itu sering batuk dan muntah apabila makan serta minum membuatkan keadaan fizikalnya tidak bermaya, sebaliknya hanya mampu berbaring saja.

Buat masa ini, Noridah menggunaka­n dua jenis alat bantuan pernafasan iaitu alat yang dipasang menggunaka­n kuasa elektrik yang mempunyai saluran tiub untuk dimasukkan ke dalam lubang hidung.

Satu lagi menggunaka­n balang oksigen beroda (untuk kegunaan ketika bergerak), juga menggunaka­n saluran tiub dimasukkan ke dalam lubang hidung yang disewa

RM500 sebulan daripada syarikat pembekal alat berkenaan di Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Walaupun menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Kedah (LZK) RM300 sebulan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM400 sebulan, ia tidak cukup untuk membeli alat terbabit yang berharga antara RM2,000 hingga RM4,000 seunit mengikut jenis.

Menurutnya, alat bantuan pernafasan yang menggunaka­n kuasa elektrik itu perlu digunakan setiap masa sehingga doktor memaklumka­n boleh berhenti menggunaka­nnya.

Katanya, penggunaan alat itu juga sudah tentu membuatkan bil bulanan penggunaan elektrik di rumahnya melambung.

“Bapa sudah lama meninggal dunia manakala ibu (Midah Bahari, 61) pesara kerajaan yang wang pencen sekadar cukup menyara kami sekeluarga.

“Selain asma kronik, saya juga menghidap pelbagai penyakit lenguh sendi, masalah saraf, migrain, tekanan darah tinggi, kanser rahim, kurang selera makan dan masalah usus,” katanya.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghulurk­an sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) miliknya 0219041000­198055 atau menelefon di talian 019-5038204.

 ??  ?? NORIDAH kini sukar bergerak dan hanya terbaring di rumahnya.
NORIDAH kini sukar bergerak dan hanya terbaring di rumahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia