Harian Metro

Lelaki maut tercampak jejambat

-

Kuala Lumpur: Penunggang motosikal maut selepas tercampak dari jejambat setinggi hampir tujuh meter dalam kejadian di susur Jalan Seri Murni menghala ke Pasar Borong Selayang, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­san Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian jam 8.10 pagi itu mangsa, Ee Kean Aik, 36, dari Kota Emerald West, Rawang, maut di lokasi akibat kecederaan di bahagian badan dan kepala.

Katanya, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha dalam perjalanan menghala ke Pasar Borong Selayang.

“Siasatan awal mendapati, sebaik berada di susur jalan berkenaan yang juga kawasan laluan berjejamba­t, motosikal mangsa gagal dikawal menyebabka­n terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di lorong kecemasan di situ.

“Akibat pelanggara­n itu, mangsa tercampak ke bawah jejambat setinggi hampir tujuh meter dan mengalami pelbagai kecederaan di seluruh badan dan kepala,” katanya di sini, semalam.

Zulkefly berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan yang tiba di lokasi.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Sehingga kini, tiada saksi bebas yang tampil memberi keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis memeriksa mayat mangsa yang tercampak daripada motosikal (gambar bulat) di atas jejambat.
ANGGOTA polis memeriksa mayat mangsa yang tercampak daripada motosikal (gambar bulat) di atas jejambat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia