Harian Metro

Siap siaga

-

sehingga pertengaha­n September depan.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor Ghazali Abd Rahman berkata, selain itu, mana-mana anggota dan pegawai pasukan itu yang tidak bertugas juga bersedia untuk dipanggil bertugas jika ada permintaan untuk lebih anggota di lapangan.

“Kami sudah bersiap sedia untuk menghulurk­an bantuan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) apabila diperlukan menangani masalah pembakaran terbuka. Kami akan mengerahka­n pasukan perubatan dan ambulans ke kawasan operasi.

“Bergantung kepada permintaan jabatan itu, kami mampu menambah bantuan daripada anggota dan pegawai kami di lokasi. Pada masa ini, kami memperuntu­kkan empat anggota bagi setiap operasi dan 12 lagi dalam mod bersedia untuk setiap syif dalam operasi 24 jam kami.

“Jika ramai pegawai dan anggota diperlukan, kami akan memanggil mereka yang tidak bertugas untuk kembali bekerja. Saya juga mengingatk­an orang ramai supaya tidak membuat pembakaran terbuka,” katanya.

Beliau berkata, pasukan itu turut terbabit dengan mesyuarat Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor baru-baru ini dalam menghadapi musim kering dan cuaca panas beberapa minggu akan datang.

Ghazali ditemui selepas melancarka­n kempen derma darah selama dua hari yang dianjurkan pejabat APM Klang dan Sungai Pinang di pusat beli belah Klang Parade hari ini.

Turut hadir, Ketua Unit APM Sungai Pinang, Herman Lee.

Sementara itu, Ghazali berkata, kempen derma darah itu adalah antara tujuh acara komuniti yang dianjurkan bersama unit berkenaan.

Beliau berkata, ia adalah landasan untuk orang awam mengenali pasukan itu dengan lebih dekat.

“Program ini adalah usaha untuk orang awam mengetahui bahawa pasukan ini turut menganjurk­an aktiviti komuniti dan mereka juga boleh terbabit sama, seperti kempen derma darah.

“Kami mahu memberi pendedahan kepada orang awam bahawa APM bukan hanya terbabit dalam operasi berkaitan bencana dan kecemasan semata-mata malah juga dalam program untuk masyarakat seperti mendaki dan larian,” katanya.

 ??  ?? KUALITI udara di sekitar Pelabuhan Klang, jam 5 petang mencatatka­n rekod bacaan IPU 66 pada paras sederhana.
KUALITI udara di sekitar Pelabuhan Klang, jam 5 petang mencatatka­n rekod bacaan IPU 66 pada paras sederhana.
 ??  ?? APM arah anggota bersiap sedia tangani sebarang kemungkina­n.
APM arah anggota bersiap sedia tangani sebarang kemungkina­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia