Harian Metro

Tiga kawasan masih catat jerebu tahap sederhana

-

Tiga kawasan di negeri ini masih mencatatka­n jerebu pada tahap sederhana dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) sekitar 61 hingga 73, semalam.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri Shafe’ee Yasin berkata, bacaan IPU bagi tempoh 24 jam di tiga stesen kaji cuaca di negeri ini iaitu di Alor Gajah, Bukit Rambai dan bandar raya Melaka mendapati keadaan jerebu di negeri ini dikategori­kan sebagai sederhana.

“Sehingga jam 11 pagi tadi (semalam), tiga stesen di negeri ini mencatatka­n bacaan IPU sederhana iaitu di Alor Gajah (61), Bukit Rambai (67) dan bandar Melaka (73).

“Bacaan IPU di negeri ini bagaimanap­un mencatatka­n penurunan berbanding sebelum ini yang didorong faktor hujan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, bermula Khamis lalu JAS melalui Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mula menggunaka­n teknologi kadar ukuran IPU 2.5 mikrometer (PM2.5) yang berupaya mengukur bacaan IPU lebih tepat.

Sementara itu, Shafe’ee berkata, JAS negeri turut meminta masyarakat menghentik­an pembakaran terbuka atau berdepan kompaun maksimum RM2,000 bagi setiap kesalahan, denda RM500,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Katanya, sebarang aduan pencemaran boleh menghubung­i talian JASLINE 1 800 88 2727.

Dalam pada itu, semakan melalui laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) mendapati hanya satu kawasan di Miri, Sarawak yang mencatatka­n bacaan IPU tidak sihat dengan bacaan 129.

Manakala, bandar raya Kuching turut menghampir­i bacaan IPU tidak sihat (94).

 ??  ?? IPU jerebu di bandar Melaka pada tahap sederhana dengan bacaan 73 setakat jam 2 petang, semalam.
IPU jerebu di bandar Melaka pada tahap sederhana dengan bacaan 73 setakat jam 2 petang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia