Harian Metro

Lima LRA alami penurunan paras air

-

Kota Bharu: Paras air di lima Loji Rawatan Air (LRA) di negeri ini menunjukka­n penurunan berikutan kesan daripada monsun barat daya yang melanda beberapa negeri kebelakang­an ini.

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam kenyataann­ya memaklumka­n penurunan paras air itu berlaku di LRA di Wakaf Bharu, Kampung Puteh, Pintu Geng, Kuala Tiga dan Chica.

Menurut kenyataan itu, penurunan paras air itu disebabkan kekurangan hujan yang amat ketara terutama di selatan Kelantan yang menjadi kawasan tadahan bagi Sungai Kelantan.

“Sebelum ini, hanya satu saja LRA mencatatka­n penurunan aras air iaitu di LRA Kelar, Pasir Mas.

“Disebabkan kurangnya hujan sejak minggu lalu, lima lagi LRA terkesan akibat monsun itu,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pihak AKSB berusaha menyelesai­kan masalah ini dengan memasang pam tambahan di Sungai Kelantan.

“Pemasangan pam ini bagi memastikan pengeluara­n LRA ini kembali kepada sedia kala dan kerja memasangan ini dijangka siap lusa (21 Ogos),” kata kenyataan itu lagi.

Akhbar sebelum ini melaporkan LRA Kelar yang mampu beroperasi hingga 70 juta liter sehari (JLH) menurun sehingga 57 JLH pada Jumaat lalu.

Beberapa kawasan yang menerima bekalan air dari LRA Kelar melalui Tangki Kelar, Tangki Lemal, Tangki Meranti, Tangki Lubok Jong, Tangki Gual Tinggi, Tangki Cabang Empat Tok Mek Ngah akan terjejas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia