Harian Metro

‘Kita ambil perhatian’

- Nor Akmar Samudin akmar@nstp.com.my

„ Kerajaan halusi teguran Bersih 2.0 berkaitan kesalahan sewaktu PRK Sungai Kandis berlangsun­g

Teguran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Bersih 2.0 berikutan wujudnya perlanggar­an kesalahan pilihan raya ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis akan diberikan perhatian serius.

Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, setiap pilihan raya mestilah berjalan dengan bebas dan adil.

Oleh itu, beliau berkata, teguran oleh Bersih 2.0 semestinya diambil berat dan kesalahan yang dilakukan tidak wajar diulangi.

“Kita ambil maklum kerana ini adalah budaya baharu dan kita mestilah patuhi serta perlu mengikut garis panduan itu.

“Mungkin kita terbawa-bawa yang (cara) lama dan ini kali pertama Sungai Kandis mengadakan PRK. Kita mengambil maklum mengenai perkara ini dan tidak mahu melanggar apa-apa yang tidak sepatutnya bagi memastikan pilihan raya diadakan secarabeba­s dan adil,” katanya.

Beliau yang juga Presiden Pakatan Harapan berkata demikian kepada media selepas menyempurn­akan pelancaran buku Percakapan Dengan Raja Ahmad Aminullah: Kesetiaan Pada Idea di sebuah kompleks beli-belah di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Semalam, Bersih 2.0 dalam satu laporan pemerhatia­n PRK Sungai Kandis menyenarai­kan beberapa kesalahan pilihan raya yang berlaku termasuk jamuan makan dan pemberian hadiah atau barangan, penggunaan aset dan program kerajaan serta politik perkauman dan keagamaan.

Sementara itu, berhubung kejadian yang tular di media sosial iaitu seorang orang kurang upaya (OKU) Cerebral Palsy tidak dibenarkan menaiki pesawat sebuah syarikat penerbanga­n tempatan ekoran polisi yang ditetapkan syarikat penerbanga­n itu, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, pihaknya perlu mendapatka­n maklumat terperinci berhubung kejadian terbabit.

 ??  ?? DR Wan Azizah bercakap kepada wartawan selepas pelancaran buku, semalam.
DR Wan Azizah bercakap kepada wartawan selepas pelancaran buku, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia