Harian Metro

Buku idea Raja Ahmad dilancar

-

Kuala Lumpur: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melancarka­n buku penyair, penulis dan budayawan, Raja Ahmad Aminullah yang berjudul Percakapan Dengan Raja Ahmad Aminullah: Kesetiaan Pada Idea.

Buku itu menghimpun­kan wawancara khusus serta beberapa temu ramah daripada televisyen, radio dan acara-acara yang dihadiri oleh Raja Ahmad.

Dr Wan Azizah berkata, beliau amat tertarik dengan konsep siri percakapan buku itu yang diolah sebegitu rupa dengan mengumpul gagasan dan buah fikiran penulis yang diekspresi melalui wawancara atau dialog bersama tokoh dalam bidang masing-masing.

“Diskusi intelek seperti ini memberi peluang kepada pembaca untuk memahami dan menyelami idea-idea penulis dalam pelbagai subjek termasuk intelektua­l, kewartawan­an dan media, persoalan seni, peranan pelajar, perpaduan, sastera dan budaya.

“Pendekatan ini senada dengan penulis yang juga seniman tergolong dalam gerakan sosial ekspresif, berjuang untuk mengubah pandangan, pemikiran dan sikap.

“Raja Ahmad mengekspre­si dengan jelas fikiran beliau bahawa intelektua­l tidak seharusnya hanya dikaitkan dengan ahli akademik, malah ia perlu dikaitkan juga dengan seniman, agamawan/ulama, budayawan selagi mana penulisan dan kegiatan mereka membantu proses pencerahan masyarakat,” katanya pada pelancaran buku itu yang diadakan di sebuah kompleks beli-belah di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Dalam berbicara mengenai intelek dan perkembang­an ilmu, Dr Wan Azizah mengaitkan perbincang­an mengenai cabaran yang masyarakat hadapi hari ini.

“Dalam menghadapi era pasca PRU ke-14, kita sering mendengar ungkapan ‘Malaysia Baharu.’ Saya kira adalah penting untuk kita menyedari bahawa membina Malaysia Baharu bukan sekadar memenangi pilihanray­a,” katanya.

 ??  ?? RAJA Ahmad menunjukka­n buku hasil karyanya.
RAJA Ahmad menunjukka­n buku hasil karyanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia