Harian Metro

Daun palas RM200 sehari menjelang Aidiladha

- Malek Joseph cnews@hmetro.com.my

Bermula dengan minat memelihara ikan akuarium, Puri Johan, 54, kini boleh berbangga apabila bergelar usahawan empurau yang mendapat jolokan ikan termahal di Malaysia.

Semuanya bermula pada 2007 apabila suri rumah itu mula berjinak-jinak dalam penternaka­n ikan sungai berkenaan yang turut dikenali sebagai ‘Emas Borneo’.

Dengan sokongan suami, Chua Eng Chai, 64, yang juga pesara tentera, mereka ‘mengorbank­an’ kolam renang anak di rumah mereka di Kampung Taee, di sini, untuk projek perintis.

Dari situ, bermulanya jenama ikan empurau, Puri Johan Agro yang kini memasuki pasaran Sabah dan Semenanjun­g, selain beberapa negara jiran dengan kebiasaann­ya dijadikan hidangan mewah disebabkan harganya.

Puri berkata, terdapat kira-kira 5,000 ikan empurau pelbagai saiz diternak di lima kolam induk di ladangnya, malah dia sama sekali tidak menyangka daripada sekadar hobi, ia kini menjadi perniagaan keluargany­a.

Dia turut berterima kasih kepada beberapa agensi berkaitan seperti Jabatan Pertanian dan Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) kerana membantu memperkuku­hkan perniagaan­nya.

“Di Puri Johan Agro, kami sentiasa memastikan aspek kebersihan khususnya persekitar­an dan makanan diberikan kepada ikan berkenaan bagi menjamin kualitinya berada pada tahap terbaik, setimpal dengan harga dibayar pelanggan. “Cara penyediaan dan pemprosesa­n ikan juga banyak diadaptasi­kan dari Jepun yang sangat ‘menghormat­i’ sumber makanan mereka bagi memastikan tahap kesegarann­ya,” katanya. Sementara itu, Eng Chai berkata, ikan yang mencecah berat ideal iaitu 1.5 kilogram ke atas diberikan makanan istimewa, buah engkabang bagi memberikan rasa asli isinya seperti yang ditangkap di sungai.

Katanya, harga yang ditawarkan kepada pembeli ialah RM750 sekilogram bagi seekor ikan seberat antara 1.5 sehingga dua kilogram manakala bagi ikan seberat dua kilogram ke atas, nilainya bertambah RM100 bagi setiap 500 gram.

“Buat masa ini, pembeli dalam kalangan hotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang. Kami juga memasarkan ke luar negara seperti Australia dan China, malah baru-baru ini ada menghantar sampel ke Macau,” katanya.

Eng Chai berkata, kaedah ‘ikejime’ yang diguna pakai di Jepun untuk mematikan ikan secara ‘senyap dan tidak menyeksaka­n’ dilakukan sebelum ikan dibersih dan dibungkus dengan teknik vakum.

Bagi masa depan, Puri Johan Agro merancang menjadikan ladangnya sebagai pusat ekopelanco­ngan. Alor Setar: Kehadiran Aidiladha tidak lama lagi dimanfaatk­an seorang penoreh getah untuk meraih pendapatan tambahan dengan menjual daun palas di Jalan Dato Kumbar, di sini.

Mohd Yazid Mohamad, 41, berkata, dia mampu meraih pendapatan sehingga RM200 sehari manakala setiap ikat yang mengandung­i lima pucuk palas dijual dengan harga antara RM3 hingga RM6.

“Pada Aidilfitri, selalunya saya menyediaka­n 20,000 pucuk palas, tetapi untuk Aidiladha memadai 10,000 saja dan selalunya ia habis terjual sehari sebelum Aidiladha.

“Semalam (kelmarin) saya dapat jual 50 ikat, manakala hari ini (semalam) sehingga 1 tengah hari sudah 80 ikat daun palas terjual. Saya yakin sebelum jam 7 malam, 50 ikat lagi daun palas akan habis terjual,” katanya ketika ditemui di Jalan Dato Kumbar, di sini, semalam.

Bercerita lanjut, Mohd Yazid berkata, dia meredah kawasan hutan di kampungnya untuk mencari daun palas sehingga beberapa kali disengat lebah.

Katanya, sakit yang ditanggung akibat sengatan lebah itu bagaimanap­un berbaloi apabila memperoleh untung lebih tinggi berbanding menoreh getah dengan hasil tidak menentu.

Malah, bagi menambah pendapatan, Mohd Yazid turut menjual ayam kampung yang dipelihara di rumahnya di Kampung Tandop Besar, Kuala Nerang.

“Semalam (kelmarin) saya menjual 29 ayam kampung dengan harga RM13 sekilogram, hari ini (semalam) setakat tengah hari sudah 19 ekor terjual.

“Pelanggan bukan beragama Islam turut singgah membeli ayam kampung dan ada pelanggan membeli sehingga 15 ayam,” katanya.

Mohd Yazid berkata, dia hanya berniaga sehingga esok saja dan selepas Aidiladha, dia kembali kepada pekerjaan hakikinya sebagai penoreh getah.

„ Bermula sekadar hobi kini bergelar usahawan ikan termahal

 ??  ?? KOLAM ternakan ikan empurau di ladang Puri Johan Aquacultur­e Sdn Bhd.
KOLAM ternakan ikan empurau di ladang Puri Johan Aquacultur­e Sdn Bhd.
 ??  ?? PURI dan Chua menunjukka­n ikan empurau yang disejuk beku untuk dibekalkan kepada pembeli.
PURI dan Chua menunjukka­n ikan empurau yang disejuk beku untuk dibekalkan kepada pembeli.
 ??  ?? Mohd Yazid menyusun daun palas yang dijualnya di bahu jalan Dato Kumbar.
Mohd Yazid menyusun daun palas yang dijualnya di bahu jalan Dato Kumbar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia