Harian Metro

Zakat tampung kos pengurusan

-

Kota Bharu: “Alhamdulil­lah, sekurang-kurangnya wang zakat ini dapat membantu pelajar yang memerlukan selain mampu menampung kos pengurusan,” kata Setiausaha Madrasah Dakwah Islamiah Pondok Sri Permai, Ahmad Ambong @ Khalid.

Beliau berkata, pihaknya mengucapka­n terima kasih kepada Affin Bank dan Harian Metro yang terus menyokong madrasah berkenaan meneruskan usaha memartabat­kan pendidikan Islam menerusi pemberian wang zakat terbabit susulan daripada serahan #HMKotakRez­eki pada 31 Mei lalu sempena Ramadan.

Katanya, seramai 80 pelajar berusia 12 hingga 30 tahun tidak termasuk 70 warga emas serta pasangan berkahwin menerima pendidikan di pondok terbabit yang mula ditubuhkan sejak 1989.

“Kita tidak mengenakan yuran pengajian kecuali kos elektrik RM15 bagi setiap pelajar dan kebanyakan mereka pula memang ditanggung ibu bapa masing-masing.

“Cuma ada beberapa pelajar daripada keluarga kurang berkemampu­an yang belajar di situ memerlukan bantuan untuk perbelanja­an makan dan minum setiap hari. Kita hanya sediakan pendidikan dan tempat tinggal.

“Seramai enam tenaga pengajar pula adalah sukarelawa­n yang mengajar secara sambilan memandangk­an mereka mempunyai pekerjaan lain seperti berniaga,” katanya ditemui sebaik majlis penyerahan zakat RM3,500 daripada Affin Bank di Pejabat The New Straits Times Press Berjad (NSTP) di sini, semalam.

Penyerahan wang zakat oleh Pegawai Operasi Affin Bank Berhad Cawangan Kota Bharu, Ahmad Zamane Zakaria itu turut disampaika­n kepada Madrasah Ribat Al-Musfhofa, Pondok Mahligai Melor, Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim (YAATIM) Kelantan, Madrasah Diniah Ihsaniah, Madrasah Tahfidz Al-Quran Tanah Merah dan Madrasah Al-Badriah Pondok Jal Besar.

 ??  ?? AHMAD Zamane (lima dari kiri) bersama Ketua Biro NSTP Cawangan Kota Bharu, Anwar Hussin (lima dari kanan) menyerahka­n zakat kepada penerima di Pejabat The New Straits Times Press Berhad (NSTP).
AHMAD Zamane (lima dari kiri) bersama Ketua Biro NSTP Cawangan Kota Bharu, Anwar Hussin (lima dari kanan) menyerahka­n zakat kepada penerima di Pejabat The New Straits Times Press Berhad (NSTP).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia