Harian Metro

429,945 peminjam PTPTN ‘bebas’

- Suhaila Shahrul Annuar cnews@nstp.com.my

„ Kementeria­n Pendidikan berjaya laksana 43 inisiatif dalam tempoh 100 hari

Sebanyak 43 inisiatif berjaya dilaksanak­an Kementeria­n Pendidikan sepanjang 100 hari pertama selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, sebahagian daripada 43 inisiatif itu antara perkara yang dijanjikan PH dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) manakala selebihnya inisiatif di luar daripada buku manifesto itu sendiri.

“Ini bermakna Kementeria­n Pendidikan di bawah pimpinan kerajaan ketika ini mengambil usaha, pendekatan holistik dan membina bagi membolehka­n martabat sistem pendidikan terus dipertingk­atkan demi masa depan anak kita.

“Satu daripada 43 inisiatif yang dilaksanak­an itu termasuk menunaikan janji mengeluark­an nama peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) daripada senarai hitam Jabatan Imigresen.

“Ini dilakukan pada 8 Jun lalu iaitu dalam tempoh 30 hari pentadbira­n kerajaan baharu dan langkah itu membantu 429,945 peminjam.

“Dengan pelaksanaa­n itu, peminjam PTPTN yang patut membuat bayaran balik tidak lagi mempunyai sebarang sekatan Jabatan Imigresen. Kami percaya mereka yang meminjam sedikit wang untuk membiayai pengajian tidak wajar dilayan seperti penjenayah atau mereka yang mencuri dana negara,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, Maszlee berkata, beliau sebelum ini pernah mengetenga­hkan beberapa janji sebagai Menteri Pendidikan yang mana ia adalah komitmenny­a untuk membawa penambahba­ikan ke atas sistem pendidikan negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

Katanya, pada peringkat awal 100 hari pertama itu, fokusnya adalah kepada

sebelum berpindah kepada isu lebih besar.

“Ini termasuk memberi kuasa autonomi kepada institusi pengajian tinggi, memberi kebebasan bersuara kepada mahasiswa dengan mewujudkan semula Sudut Pidato, mengurangk­an beban guru daripada tugas perkerania­n dan memperkasa sekolah kebangsaan serta pendidikan khas.

“Selain itu, memastikan murid tidak lagi menggalas beg yang berat, meningkatk­an penguasaan bahasa Melayu dengan memperkasa­kan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), membela dan terus mengiktira­f nasib sasterawan negara serta menggalakk­an pelajar menguasai lebih daripada tiga bahasa.

“Kementeria­n Pendidikan juga memperkasa pendidikan tahfiz, selain memastikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) mendapat perhatian lebih baik melalui cara meletakkan pengawasan terus di bawah Menteri dan Timbalan Menteri,” katanya.

Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Maszlee berkata, projek membina sekolah baharu akan diteruskan dan dipersetuj­ui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri iaitu empat di Johor dan masing-masing satu di Selangor dan Pulau Pinang selain perpindaha­n enam sekolah kurang murid akan diteruskan selepas mengenal pasti keperluan mendesak masing-masing.

Maszlee berkata, kementeria­n juga mengambil langkah memulakan kajian inklusif untuk memansuhka­n Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) selaras Manifesto PH, termasuk membentuk sebuah jawatankua­sa khas bagi tujuan itu.

“Universiti Awam (UA) digalak menganjurk­an lebih banyak perbahasan atau dialog dengan pihak berkepenti­ngan. Saya dan Kementeria­n Pendidikan bersikap terbuka untuk menerima pandangan daripada mana-mana pihak bagi menjayakan agenda dasar pendidikan negara.

“Usaha memartabat­kan Bahasa Melayu akan terus dipergiatk­an dengan meraikan kekuatan dan menyemai budaya masyarakat pelbagai bahasa dan beberapa pengumuman berkaitan akan dibuat dalam waktu terdekat,” katanya.

 ?? Dr Maszlee Malik ?? Ia antara perkara yang dijanjikan PH dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) manakala selebihnya inisiatif di luar daripada buku manifesto itu sendiri”
Dr Maszlee Malik Ia antara perkara yang dijanjikan PH dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) manakala selebihnya inisiatif di luar daripada buku manifesto itu sendiri”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia