Harian Metro

Desak Pengerusi SUHAKAM mohon maaf

-

Kuala Terengganu: “Mohon maaf secara terbuka atau berdepan tindakan undang-undang,” kata Ketua Pemuda PAS Terengganu, Kamaruzama­n Abdullah terhadap Pengerusi Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Tan Sri Razali Ismail berhubung kenyataan yang menyelar keputusan dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu terhadap pasangan lesbian pada Ahad lalu.

Razali dalam satu kenyataan media sebelum ini berkata, hukuman enam sebatan terhadap dua wanita atas kesalahan cuba melakukan hubungan sejenis itu memalukan, merendahka­n martabat dan percubaan memalukan si pelaku dan keluarga mereka secara terbuka.

Kamaruzama­n berkata, kenyataan yang dikeluarka­n SUHAKAM satu penghinaan dan mempertika­ikan penghakima­n dan martabat Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu selain mempersend­akan hukum Allah.

“Allah sendiri melarang hukuman sejenis dan apa yang dilakukan SUHAKAM juga tidak menghormat­i salah satu prinsip Rukun Negara iaitu kedaulatan undang-undang.

“Apa yang dilakukann­ya bertentang­an dengan Seksyen 11 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana mengingkar­i perintah mahkamah,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu.

Terdahulu, Kamaruzama­n membuat laporan polis berhubung kenyataan berkenaan jam 10 pagi.

Kamaruzama­n berkata, pihaknya memandang serius kenyataan itu dan berharap Pengerusi SUHAKAM itu kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Katanya, laporan polis dibuat supaya SUHAKAM lebih berhati-hati jika mahu mengeluark­an sebarang kenyataan terutama yang membabitka­n sensitivit­i agama.

“Saya harap beliau dapat memohon maaf secara terbuka dan jika tidak, kita serahkan perkara ini kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan dua wanita dijatuhi hukuman denda RM3,300 dan enam sebatan di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu atas tuduhan cuba melakukan hubungan sejenis ketika ditahan dalam sebuah kereta pada April lalu.

 ??  ?? KAMARUZAMA­N (tiga dari kiri) menunjukka­n laporan yang dibuat di Balai Polis Kuala Terengganu.
KAMARUZAMA­N (tiga dari kiri) menunjukka­n laporan yang dibuat di Balai Polis Kuala Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia