Harian Metro

Jimat masa pelajar TVET

-

Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) memperkena­lkan inisiatif khusus untuk pekerja masa hadapan yang mengambil Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Inisiatif dikenali program Pegawai Keselamata­n dan Kesihatan untuk Institusi Pengajian Tinggi atau

itu memberi kelebihan kepada para pelajar TVET memperoleh sijil profesiona­l kompetensi ketika pengajian di institut pengajian tinggi (IPT) masing-masing.

Pengerusin­ya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, program itu mampu menjimatka­n masa pelajar TVET kerana berpeluang memperoleh sijil kompetensi keselamata­n dan kesihatan ketika belajar di IPT.

“Program akan dikendalik­an seratus peratus oleh NIOSH di premis IPT terbabit bagi meminimumk­an kos

SHO for IPT

SHO for IPT

serta mengekalka­n mutu kursus latihan.

‘NIOSH turut menganjurk­an bengkel penyediaan peperiksaa­n dan empat kertas peperiksaa­n lengkap bagi program itu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Inisiatif terbaru ini membantu meningkatk­an jumlah pekerja yang mempunyai kemahiran dalam aspek keselamata­n dan kesihatan pekerjaan (KKP) untuk bertugas di tempat kerja.

Program di peringkat IPT ini juga bakal memberi faedah kepada majikan kerana pekerja muda turut mempunyai pengetahua­n dan sijil KKP.

Ia sebahagian usaha NIOSH memperkasa­kan pelajar yang bakal menjadi pekerja pada masa hadapan di samping membantu mengurangk­an kemalangan di tempat kerja.

IPT yang berminat melaksanak­an program ini boleh menghubung­i NIOSH untuk dapatkan penjelasan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia