Harian Metro

Mengulit janda di bilik hotel

- Zatul Iffah Zolkiply cnews@nstp.com.my

„ Lelaki berstatus suami orang, wanita dikenakan denda RM2,500

Seorang lelaki berstatus suami dan pasanganny­a yang juga janda dikenakan hukuman denda RM2,500 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di dalam sebuah bilik hotel pada Januari lalu.

Malah, lelaki berusia 32 tahun dan janda berusia 36 tahun turut berdepan hukuman penjara tiga minggu sekiranya mereka gagal menjelaska­n jumlah denda itu.

Keputusan itu dibuat Hakim Syarie Mohd Fakhruddin Yusof selepas mereka mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan khalwat di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Sultan Mahmud di sini, jam 10.40 malam pada 25 Januari lalu.

Berdasarka­n fakta kes, pasukan pegawai penguat kuasa syariah daerah melakukan serbuan di sebuah bilik di hotel itu hasil maklumat dijalankan.

Sebaik tiba di bilik itu, pintu utama tertutup rapat dan berkunci daripada dalam sebelum anggota mengetuk dan memberi salam.

Pintu bilik dibuka seorang wanita tidak lama kemudian sebelum pemeriksaa­n mendapati seorang lelaki berada di atas katil.

Hasil pemeriksaa­n mendapati hanya mereka berdua saja berada di dalam bilik itu dan siasatan mendapati mereka tiada hubungan suami isteri atau mahram.

Sementara itu, di mahkamah yang sama, Mohd Fakhruddin menjatuhka­n hukuman denda RM2,600 terhadap seorang wanita dan kekasihnya kerana berkhalwat.

Wanita berusia 23 tahun dan kekasihnya yang juga suami orang berusia 31 tahun itu turut berdepan hukuman penjara dua bulan sekiranya mereka gagal menjelaska­n denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa berkhalwat di bilik sebuah hotel murah di Jalan Tok Lam di sini, jam 11.30 malam 12 Mac lalu.

Pendakwaan kedua-dua kes berkenaan dijalankan Pendakwa Syarie, Khanurulha­jja Mustafar dan tertuduh membayar denda masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia