Harian Metro

Tiga rakan hadapi pertuduhan edar heroin

-

Gurun: Tiga rakan lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam, atas pertuduhan mengedar dadah heroin seberat 83.58 gram Julai lalu.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan daripada Zuhaidy Hashim, 38, Yap Siang Tatt, 40, dan Hasnizam Mustapa, 36, selepas pertuduhan ke atas ketiga-tiga tertuduh dibacakan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit.

Malah, Hasnizam yang cedera terkena tembakan ketika penahanann­ya oleh polis terpaksa dipapah dua rakannya ketika di dalam kandang tertuduh.

Dalam prosiding itu, mereka mengangguk faham namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut

pertuduhan, mereka didakwa melakukan perbuatan itu di tepi jalan Gurun-Jeniang berdekatan kilang Modenas, di sini, pada jam 11.20 malam, 31 Julai lalu.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan jika tidak digantung sampai mati.

Prosiding kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Azlan Basri dan tertuduh diwakili peguam, G Shanmugam.

Mahkamah kemudian menetapkan 24 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia