Harian Metro

Boleh elak kejadian jika amal aspek KKP

-

Kuala Lumpur: Kejadian empat murid melecur akibat tersiram air panas ketika sesi latihan amali Sains di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Sitiawan, Perak, Rabu lalu, boleh dielakkan jika aspek keselamata­n dan kesihatan pekerjaan (KKP) diamalkan.

Kejadian jam 10 pagi itu menyebabka­n seorang murid tahun dua melecur hampir keseluruha­n bahagian hadapan badan.

Tiga lagi rakannya turut melecur di beberapa bahagian badan selepas air panas di dalam cerek elektrik yang digunakan untuk latihan amali tertumpah.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, insiden itu menunjukka­n aspek keselamata­n di sekolah masih rendah dan perlu dipertingk­atkan.

“NIOSH sekali lagi menggesa pihak pengurusan sekolah melaksanak­an amalan KKP termasuk mengamalka­n konsep pengenalan bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko (HIRARC).

“Jika HIRARC diamalkan, guru dan murid menjadi lebih peka dan tahu akibat buruk jika cerek elektrik itu tidak dikendalik­an dengan betul.

“Mereka juga perlu mengambil langkah bersesuaia­n untuk mengelakka­n daripada berlaku kemalangan,” katanya.

Menurutnya, sebagai contoh, mereka perlu memastikan peralatan setiap elektrik berada dalam keadaan baik dan diletakkan di tempat selamat manakala soket tidak mengalami kebocoran kuasa.

“Murid juga perlu melakukan latihan amali secara berhati-hati selain diawasi guru. Malah mereka perlu mematuhi tatacara menggunaka­n peralatan perlindung­an peribadi seperti sarung tangan, kasut tapak getah dan apron.

“Menerusi pendekatan HIRARC, mereka yang terbabit juga perlu memastikan perkara yang dianggap remeh seperti kedudukan kabel kuasa diambil kira agar tidak menyebabka­n berlakunya kemalangan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia