Harian Metro

Sistem pantau akuakultur

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@nstp.com.my

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bakal membangunk­an sistem pemantauan akuakultur dalam tempoh setahun.

Timbalan Naib Canselor (penyelidik­an dan inovasi) UTM, Profesor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata, ia dibangunka­n bersama syarikat ROBOXA Sdn Bhd yang berpangkal­an di Singapura.

Beliau berkata, sistem berkenaan bertujuan meningkatk­an pengeluara­n ikan ke tahap maksimum dalam perusahaan penternaka­n ikan, selain akan digunakan bagi mengatasi beberapa permasalah­an yang timbul dalam perusahaan penternaka­n.

Menurutnya, kajian dan penyelidik­an (R&D) yang bakal diadakan oleh kumpulan penyelidik UTM bagi membangunk­an sistem berkenaan membabitka­n kos RM400,000.

Katanya, dana berkenaan akan diperuntuk­kan oleh ROBOXA Sdn Bhd yang turut bakal mengkomers­ialkan produk berkenaan.

“Sistem seumpama itu adalah baharu dalam bidang perikanan, malah ia juga sesuai digunakan dalam penternaka­n udang dan pelbagai hidupan laut.

“Pada masa sama, sistem ini akan membantu mengenal pasti saiz ternakan, memantau kualiti air selain membantu mengatasi beberapa masalah berkaitan. Ia akan dipatenkan sebagai produk UTM dan kami yakin ia membantu petani tempatan mahupun di seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dan Perjanjian (MoA) antara UTM dan ROBOXA Technologi­es Sdn Bhd di Bangunan

„ Kerjasama UTM, ROBOXA bernilai RM400,000

Canseleri Sultan Ibrahim di sini, semalam.

Sementara itu, Pengurus ROBOXA Sdn Bhd, Y Sudhakara Varma berkata, jalinan kerjasama berkenaan bertujuan mewujudkan suatu prototaip sistem pemantauan dalam penternaka­n ikan yang berkesan.

“Kami menyediaka­n dana permulaan berkenaan dan ia akan ditambah mengikut kesesuaian sekiranya R&D berkenaan berjaya. Kita melihat UTM sebagai universiti penyelidik­an yang dikenali di peringkat antarabang­sa dan ia menjadi faktor kami menjalin kerjasama ini.

“Pembanguna­n sistem ini juga menjadi antara pertanian moden yang membantu petani di seluruh dunia bagi menjana pendapatan,” katanya.

 ??  ?? DR Ahmad Fauzi (dua dari kanan) menyerahka­n cenderahat­i kepada Pengurus ROBOXA Sdn Bhd, Y Sudhakara Varma.
DR Ahmad Fauzi (dua dari kanan) menyerahka­n cenderahat­i kepada Pengurus ROBOXA Sdn Bhd, Y Sudhakara Varma.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia