Harian Metro

Pencapaian kerajaan Selangor dinilai seawal tahun hadapan

-

Shah Alam: Pencapaian kerajaan Selangor di bawah pentadbira­n Pakatan Harapan (PH) penggal baharu akan dapat dilihat dan dinilai seawal tahun hadapan.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, ia berikutan beliau baru saja mengambil alih pentadbira­n kerajaan negeri daripada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor untuk menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, dua bulan lalu.

“Mengukur pentadbira­n 100 hari kerajaan Selangor adalah sukar. Banyak yang perlu saya rangka terlebih dulu. Namun, ia dapat dilihat dalam tempoh enam hingga ke tujuh bulan nanti.

“Paling tidak, perkara yang paling besar saya sudah buat selepas diberi mandat untuk mengetuai pentadbira­n Kerajaan Selangor adalah menyelesai­kan penstruktu­ran semula industri air. Itu kita buat dengan segera dan sudah selesai,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Malam Amal dan Sambutan Ulang Tahun SMK Methodist (ACS), Klang ke-125 di Jalan Plumbum, Seksyen 7, di sini, semalam.

Amirudin berkata, selain itu, Kerajaan Selangor turut membenarka­n pasukan The Red Giants kembali beraksi di Stadium Shah Alam sebagai gelanggang sendiri.

“Stadium Shah Alam juga saya serahkan kepada pasukan The Red Giants dan berharap ia dapat dipenuhkan sebagaiman­a permohonan dan permintaan penyokong sendiri.

“Walaupun prestasi pasukan tidak begitu baik, saya percaya mereka dalam proses ke arah kecemerlan­gan pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini banyak perkara perlu dirangka dalam memastikan pentadbira­n kerajaan Selangor berjalan lancar dan ia akan diumumkan ketika pembentang­an belanjawan negeri pada akhir November depan.

“Buat masa sekarang, saya tidak mahu mengubah banyak dasar Kerajaan Selangor. Kami akan teruskan seperti biasa sebagaiman­a saya umumkan ketika mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar sebelum ini.

“Inisiatif peduli rakyat pula tetap diteruskan sampai sekarang, namun kami buat penyelaras­an semula berdasarka­n peruntukan kerajaan Persekutua­n dan negeri. Kena tunggu bajet terlebih dahulu,” katanya.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkut­an Awam dan Pembanguna­n Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, kerajaan Selangor terus memastikan kelancaran pentadbira­n di bawah pimpinan PH.

“Kejayaan selama 10 tahun terdahulu seperti program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), Perumahan Mampu Milik Rumah Selangorku, Kesihatan Bersepadu Peduli Sihat dan lain-lain lagi membuktika­n kecekapan pentadbira­n PH di Selangor,” katanya.

 ??  ?? AMIRUDIN
AMIRUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia