Harian Metro

Empat pekerja kilang merempit

-

Butterwort­h: Cuti hujung minggu sepatutnya dimanfaatk­an bersama keluarga atau bersantai di rumah, namun lain pula halnya dengan empat pekerja kilang apabila mereka merempit di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterwort­h (BORR) di sini, semalam.

Mereka yang menyangka polis tidak akan membuat operasi di kawasan terbabit kerana sudah melakukann­ya di lokasi sama, kelmarin, mempamerka­n pelbagai aksi serta lagak yang boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Bagaimanap­un, semua mereka tidak menyedari perbuatan itu diintai sepasukan anggota Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara terdiri daripada seorang pegawai dan lapan anggota.

Ketika asyik menunjukka­n menunggang masing-masing, mereka langsung tidak menyedari anggota polis trafik sudah menunggu dan mereka yang terkejut dengan kehadiran polis tidak sempat melarikan diri.

Difahamkan, empat pekerja kilang berusia 23 dan 24 tahun berkenaan memberi alasan bosan berada di rumah dan mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk merempit sesama sendiri.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, Op Khas Samseng Jalanan itu bermula jam 11 malam dan berakhir tujuh jam selepas itu.

Menurutnya, dalam operasi terbabit, polis menyita empat motosikal milik semua pekerja kilang berkenaan dan mereka turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 kerana kesalahan memandu secara melulu dan berbahaya.

Pemandu Perodua Axia maut selepas kereta dipandunya itu terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabka­n besi penghadang jalan di Kilometer 30.9, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, menembusi kenderaan itu, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.20 pagi itu, Mohd Hanafi Mohamed Shariff, 28, maut di tempat kejadian manakala penumpang hadapan kereta, Muhammad Tauhid Idris, 31, cedera ringan.

Ketua Polis Daerah, Superinten­dan Kota Bharu: “Institut Pendidikan Guru Kota Bharu (IPGKKB) tidak seharusnya ditutup kerana banyak melahirkan guru dan pendidik terlatih di seluruh negara,” kata bekas pelajar IPG Kota Bharu, Abdul Khalid Bujang.

Abdul Khalid, 64, yang juga bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Benderas, Kuala Krau, Temerloh, Pahang berkata, beliau mengetahui mengenai penutupan IPG yang ditukar fungsi kepada Kolej Vokasional melalui akhbar dan media sosial Facebook.

Katanya, sebaik saja mendapat tahu berita penutupan IPG Kota Bharu, beliau segera menghubung­i rakan lama melalui Alumni 1975-1977 dan mengatur perjumpaan pada April lalu bagi membincang­kan nasib tempat yang pernah mereka menimba ilmu.

“Kebanyakan rakan yang berada di luar Kelantan berusaha mencari ruang dan waktu bagi membolehka­n mereka dapat menghadirk­an diri untuk bersama berbincang bagaimana cara mempertaha­nkan institusi ini daripada ditutup.

“Bagi mempertaha­nkan institusi ini, saya mewakili alumni membuat surat rayuan bersama beberapa bekas pelajar dan pensyarah di IPGKKB untuk dihantar kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam jangka masa terdekat,” katanya selepas Himpunan IPGKKB dan Guru Seluruh Negeri Kelantan di Dewan Wawasan di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Kamarudin Md Noor, Pengerusi Pasukan Bertindak Pengekalan IPGKKB, Dr Narita Mohd Noor dan Pengerusi Alumni Pensyarah IPGKKB, Yaacob Ismail.

Sementara itu, Yaacob berkata, keputusan kerajaan terdahulu menukarkan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kota Bharu kepada Kolej Vokasional kerana dilihat tidak menguntung­kan rakyat di negeri ini, malah negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia