Harian Metro

JALUR LEBAR MAHAL

- Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@nstp.com.my

„ Banyak perniagaan tempatan tidak mahu naik taraf kelajuan

Harga jalur lebar yang mahal menyebabka­n banyak perniagaan tempatan tidak mahu menaiktara­f kelajuan sedia ada kepada lebih tinggi biarpun banyak negara maju sudah menuju ke arah itu.

Pengarah Kanan, Pejabat APAC CTO dan Pembanguna­n Perniagaan Strategik Cienna, Anup Changaroth berpendapa­t harga jalur lebar di Malaysia secara tradisiona­l masih tinggi dan tidak banyak berubah kerana tidak mempunyai persaingan yang mencukupi di dalam pasaran ketika ini.

“Selain itu, secara amnya, kebanyakan perniagaan sudah berasa selesa dengan kelajuan Internet tradisiona­l ketika ini seperti 10 Megabit/persaat (Mbps), 100 Mbps atau 1 Gigabit/persaat (Gbps).

“Mereka tidak biasa dengan kelajuan yang lebih tinggi seperti 100 Gbps atau 1 Terabit/persaat yang mana mereka perlu mengalamin­ya terlebih dulu sebelum dapat menaik taraf.

“Namun semua ini sedang berubah, dengan perkembang­an teknologi seperti pengenalan rangkaian mudah alih generasi kelima (5G) tidak lama lagi akan mengubah landskap cara perniagaan dijalankan termasuk di Malaysia,” katanya pada taklimat media, di sini.

Ciena Corporatio­n yang berpangkal­an di Maryland, Amerika Syarikat adalah syarikat pembekal peralatan rangkaian telekomuni­kasi, perisian dan perkhidmat­an di peringkat global.

Mengulas mengenai pasaran Ciena di Malaysia, Changaroth berkata, negara ini adalah antara pasaran penting syarikat itu di Asia Pasifik yang mana rantau ini menyumbang kira-kira 21 peratus pendapatan kepada syarikat.

Jelasnya,

pelaburan

di Malaysia kini adalah pada masanya kerana pihaknya berpendapa­t pasaran bagi sektor telekomuni­kasi akan berkembang pesat, sekali gus menawarkan banyak peluang kepada Ciena.

“Sekarang ini banyak pusat data di Malaysia sedang berkembang dan semua pihak akan mampu membantu pasaran untuk mengalami pertumbuha­n dari segi kemahiran dan kapasiti,” katanya.

Beliau juga berharap Ciena akan berjaya memenangi kontrak daripada beberapa penyedia perkhidmat­an telekomuni­kasi tempatan bagi menyediaka­n perkhidmat­an pengautoma­sian rangkaian pada akhir tahun ini. Persatuan Pedagang ASEAN optimis kerjasama rapat antara negara anggota ASEAN dan Amerika

Selatan seperti Brazil, Argentina, Paraguay dan Uruguay (Mercosur) mampu mewujudkan peluang perniagaan baharu dalam sektor dagangan dunia.

Presidenny­a Datuk Moehamad Izat Emir berkata, usahawan ASEAN perlu mengambil peluang untuk meningkat dan mengembang­kan perniagaan sedia ada dengan menembusi pasaran Mercosur yang mempunyai banyak kepakaran industri seperti pertanian.

Beliau berkata, melalui kaedah perkongsia­n kepakaran serta teknologi, ia mampu untuk meningkatk­an produktivi­ti, sekali gus membantu dalam pengeluara­n produk yang lebih cekap dan berkualiti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia