Harian Metro

MATRADE optimis capai RM450j jualan

-

Kuala Lumpur: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE), yakin untuk mencapai RM450 juta jualan menerusi penganjura­n Ekspo China ASEAN (CAEXPO 2018) ke-15 pada September ini berbanding RM405.5 juta yang direkodkan pada ekspo tahun lalu.

Pengarah Kanan Promosi Eksport dan Capaian Pasarannya Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata, pihaknya optimis jumlah itu dapat dicapai berikutan permintaan kukuh terhadap produk dan perkhidmat­an Malaysia dari negara China.

Katanya, terdapat 174 syarikat yang mengambil bahagian membabitka­n 180 tapak pameran sempena CAEXPO 2018.

“Kami menerima permohonan yang sangat menggalakk­an daripada syarikat tempatan yang mana sebanyak 330 syarikat sudah memohon dan hanya 174 syarikat dipilih berikutan ruang pameran yang terhad.

“Malah, 103 syarikat terbabit adalah penyertaan pertama kali dalam CAEXPO 2018 yang membabitka­n industri pelanconga­n kesihatan, makanan dan minuman (F&B) serta gaya hidup dan perkhidmat­an.

“Kami perlu lebih agresif dalam mempromosi­kan eksport Malaysia ke China kerana negara itu adalah rakan dagang yang terbesar sejak 2009,” katanya pada sidang media sempena taklimat CAEXPO 2018 di sini, semalam.

CAEXPO 2018 akan berlangsun­g bermula 12 hingga 15 September ini di Pusat Pameran Dan Konvensyen Antarabang­sa Nanning, Wilayah Guangxi, China.

Selain sektor swasta, CAEXPO 2018 menyaksika­n penyertaan daripada agensi kerajaan dan persatuan perniagaan.

Sementara itu, Mohd Mustafa berkata, pihaknya yakin Malaysia akan terus merekodkan pertumbuha­n eksport yang positif bagi separuh kedua 2018.

 ?? Mohd Mustafa Abdul Aziz ?? Kami menerima permohonan yang sangat menggalakk­an daripada syarikat tempatan yang mana sebanyak 330 syarikat sudah memohon dan hanya 174 syarikat dipilih berikutan ruang pameran yang terhad”
GAMBAR fail CAEXPO yang diadakan sebelum ini.
Mohd Mustafa Abdul Aziz Kami menerima permohonan yang sangat menggalakk­an daripada syarikat tempatan yang mana sebanyak 330 syarikat sudah memohon dan hanya 174 syarikat dipilih berikutan ruang pameran yang terhad” GAMBAR fail CAEXPO yang diadakan sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia