Harian Metro

Kempen 1.5 juta pengunjung

-

Kuala Lumpur: Sunway Lagoon Sdn Bhd yakin berada landasan tepat untuk mencapai sasaran menarik sehingga 1.5 juta pengunjung menjelang hujung tahun ini.

Pengurus Besarnya, Sean SL Choo, berkata sasaran itu dapat dicapai melalui kempen pemasaran dan promosi berterusan taman tema air terbesar negara itu.

“Walaupun ada persaingan daripada beberapa taman tema lain, tetapi Sunway Lagoon yakin dapat terus mengekalka­n momentum kehadiran pengunjung.

“Malah, dalam tiga bulan kebelakang­an ini, kami mencatatka­n peningkata­n pengunjung sekali gus menyumbang kepada keuntungan tahunan syarikat.

“Syarikat juga yakin dengan keadaan pasaran ekonomi negara kini dan trend perbelanja­an untuk hiburan seperti taman tema air akan kekal positif,” katanya selepas melancarka­n kempen Sambutan Kemerdekaa­n Negara Sunway Lagoon di Subang Jaya, semalam.

Kempen yang bakal berlangsun­g selama sebulan bermula semalam sehingga 16 September depan akan mempamerka­n makanan serta permainan tradisiona­l Malaysia kepada pengunjung.

Choo berkata, ia bagi memberi gambaran dan kelainan kepada pengunjung terutama pengunjung luar negara merasai dan meraikan sambutan bulan kemerdekaa­n negara.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti menarik disediakan selama sebulan ini dan ia memberi keistimewa­an tersendiri berbanding taman tema air yang lain.

 ??  ?? ANTARA aktiviti meraikan 25 tahun Taman Tema Sunway Lagoon.
ANTARA aktiviti meraikan 25 tahun Taman Tema Sunway Lagoon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia